SUKAN
Cucu Donald Trump buat penampilan sulung LPGA, catat skor tertinggi hari pertama
Kai Trump melakukan pukulan tee di lubang ke-16 pada pusingan pertama kejohanan golf LPGA The Annika, di Florida, pada Khamis. - Gambar AP
FLORIDA: Kai Trump, cucu sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membuat penampilan sulung di kejohanan LPGA pada Khamis di Kelab Golf Pelican, Belleair, di sini, namun bergelut sehingga mencatat skor tertinggi hari pertama.
Pemain amatur berusia 18 tahun itu, yang menerima jemputan khas daripada penaja untuk beraksi di kejohanan The Annika, menamatkan pusingan dengan 13 atas par (83 pukulan), sekali gus berada di kedudukan terakhir dalam acara yang menghimpunkan bintang golf wanita dunia – menjadikannya kejohanan terbesar dalam kariernya setakat ini.
“Saya memang lebih gementar daripada yang dijangka, tetapi saya rasa saya pukul banyak bola yang baik, cuma ke arah yang salah,” kata Kai.
“Sebagai kejohanan LPGA pertama saya, kini saya tahu bagaimana suasananya. Awal tadi saya agak kelam-kabut, tetapi kemudian mula dapat rentak.”
Kai memulakan aksi di sembilan lubang belakang bersama pemain Jepun, Hinako Shibuno, dan Olivia Cowan dari Jerman.
Dia menerima tepukan ketika diperkenalkan di lubang ke-10 par-4 dan sekali lagi selepas pukulan pertama berjaya ke fairway.
Namun, Kai yang berada di ranking ke-461 Persatuan Golf Junior Amerika, memulakan pusingan dengan empat bogey berturut-turut sebelum mencatat par di lubang ke-14 par-5.
Sepanjang baki pusingan, Kai mencatat campuran bogey dan par, termasuk satu pukulan penyelamat di lubang ke-16, sebelum menamatkan sembilan lubang pertama dengan enam atas par (41). Di sembilan lubang berikutnya, dia menambah satu bogey sebaik memulakan giliran, diikuti dua double-bogey dan dua lagi bogey menjelang penamat.
“Sepanjang masa saya memang gementar, tetapi saya rasa saya lakukan yang terbaik untuk kali pertama, apatah lagi menjadi pemain termuda dalam kejohanan ini. Saya sangat seronok,” katanya.
Kai, yang aktif dalam kejohanan golf junior Florida, beraksi sehari selepas Universiti Miami mengumumkan komitmennya untuk menyertai pasukan golf Hurricanes bagi musim 2026-27.
Sementara itu, pemain Korea Selatan, Ryu Hae-ran, muncul pendahulu pusingan pertama The Annika yang dianjurkan legenda LPGA, Annika Sorenstam, selepas mencatat enam bawah par (64), satu pukulan mengatasi Grace Kim dari Australia. Jennifer Kupcho dari Amerika berada dua pukulan di belakang, manakala pemain nombor enam dunia, Charley Hull, bersama empat pemain lain ketinggalan tiga pukulan. - Agensi