SUKAN
Cultra 2024: Walaupun sempat tersesat, malim Gunung Kinabalu atasi pencabar Jepun, Perancis
Oswald Maikol. - Foto Astro ARENA
TAKHTA juara kategori berembun 60 setelah melalui larian denai sejauh 60 kilometer serta jumlah ketinggian 2690 meter, menjadi milik pelari negara, Oswald Maikol, dengan catatan masa 7 jam 4 minit 7 saat.
Meskipun melepasi garisan penamat melebihi rekod masa yang disasarkan, malim gunung dari Kota Kinabalu ini tetap berpuas hati biarpun pengalaman pahit tersesat dalam Cultra 2024 bertukar manis tahun ini.
Dia mengakui kedudukan jauh di hadapan berbanding peserta lain menjadi faktor dia berasa selesa, sekali gus mengekalkan kelajuan lariannya sehingga penamat.
"Perasaan saya bercampur-baur kerana tidak dapat mencapai sasaran catatan masa.
"Oleh kerana cuaca juga OK, tidak licin (jadi memudahkan) larian saya," katanya.
Pelari dari Jepun, Hiroyuki Kawachi, pula mengesahkan kedudukan naib juara, manakala tempat ketiga menjadi milik wakil Perancis, Alexis Gergonne.
Masing-masing merekodkan catatan masa 7 jam 14 minit 22 saat serta 7 jam 30 minit 51 saat.
"Dalam 20km terakhir, saya berusaha keluar daripada kelompok hadapan tetapi masih belum dapat melihat kelibat sang juara," katanya.