PASUKAN Dota 2 Asia Tenggara, Mineski Pro Team (Mineski) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama di rantau ini menjuarai kejohanan Major-Dota 2 Asia yang berlangsung di Pusat Sukan Shanghai Oriental, China pada Sabtu.
Menerusi kemenangan yang diperoleh selepas menewaskan pasukan China LGD Gaming 3-2 pada final itu, Mineski membawa pulang hadiah wang tunai RM1.43 juta (AS$370,000) dan menerima 750 mata kelayakan ke kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 2018.
Mineski Pro kini mempunyai mata keseluruhan 3150 Dota Pro Circuit untuk musim 2017 dan meletakkan mereka di ranking ke-4 selepas Virtus.Pro, Team Liquid dan Team Secret.
BACA: Dota 2: AirAsia sah taja Mineski Pro Team
Jagus Asia Tenggara itu mara ke grand final selepas beraksi cemerlang di pusingan upper bracket dengan menewaskan OpTic Gaming, Vici Gaming dan LGD Gaming.
Mineski terdiri daripada beberapa pemain profesional tanah air termasuk Chai Yee Fung (Mushi) dan Kam Boon Seng (Nana).
Selebihnya daripada Singapura, Thailand dan Filipina iaitu Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice), Anucha Jirawong (Jabz) dan Michael Ross Jr (Ninjaboogie).
Mariah Ahmad
Sat Apr 07 2018

Menerusi kemenangan 3-2 ke atas pasukan China LGD Gaming pada final DAC, Mineski membawa pulang hadiah wang tunia RM1.43 juta. - Foto Facebook / Mineski Dota 2

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Remaja mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen, secara berbahaya mengakibatkan kematian
Tertuduh yang juga pelajar didakwa memandu MPV milik bapanya secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut.

Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.

DAC: Mineski pasukan Asia Tenggara pertama juara Dota 2 Major, bawa pulang RM1.43 juta
Menerusi kemenangan 3-2 ke atas pasukan China LGD Gaming pada final DAC, Mineski membawa pulang hadiah wang tunia RM1.43 juta.

AirAsia bakal taja organisasi e-sukan?
Difahamkan organisasi tersebut turut terdiri daripada golongan profesional kelahiran tanah air.