SUKAN

'Dah jemput, tak datang pula' -TMJ

Madiha Abdullah 27/08/2015 | 09:10 MYT
TMJ rancang pertemuan dengan penyokong gelap JDT untuk beri peluang bincang permasalahan dalam dunia bola sepak tempatan.
Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,'terkilan' apabila jemputannya untuk peminat gelap atau closet fan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, tidak mendapat sambutan.

Laman Facebook Johor Southern Tigers semalam memuat naik sekeping gambar Tengku Mahkota Johor itu bersendirian di meja makan, dengan status berbunyi "Dah pelawa pun, tak datang juga".

Dah pelawa tak datang pula, kata TMJ


Rata-rata komen di laman Facebook itu meluahkan rasa terkejut kerana sangka mereka, ia hanyalah gurauan.

Komen pengguna Facebook


Komen pengguna Facebook


Komen pengguna Facebook


Tunku Ismail, atau TMJ, sebelum itu menjemput peminat gelap JDT untuk hadir ke majlis jamuan makan bertempat di Istana Bukit Pelangi. Ia dijadualkan berlangsung pada Rabu, jam 8.30 malam.

Pertemuan itu bertujuan memberi peluang kepada golongan itu meluahkan rasa tidak puas hati di samping berkongsi pendapat tentang situasi bola sepak tempatan.
#JDT #Johor Darul Takzim #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim