SPORTS

Dakwaan besar, cabar kuasa punca Presiden FABD dipecat Sultan Brunei?

Astro Arena 24/11/2024 | 05:30 MYT
Feisal (kanan) dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta. - Stadium Astro
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail, dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan tersebut dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang bakal dikenakan.

Dalam masa sama, terdapat dakwaan besar di sebalik kekalahan besar 0-11 skuad Brunei kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Skandal itu melibatkan satu video yang tular mengenai beberapa pemain Brunei yang melawat kelab malam di Krasnodar selepas aksi tersebut. Rakaman berkenaan menggambarkan individu merokok dan meminum alkohol.

Seperti sedia maklum, Brunei mempunyai larangan keras terhadap pengambilan alkohol.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Namun, FABD menafikan tuduhan tersebut dan melancarkan siasatan segera. -- Stadium Astro




#Presiden Persatuan Bolasepak Brunei #Feisal Eusoff Patail #dipecat Sultan Brunei #tindakan undang-undang