KUALA LUMPUR: Pelumba negara Syarifudin Azman kekal bermotivasi tinggi menuju ke pusingan terakhir CEV Moto3 pada hujung minggu ini di Litar Ricardo Tormo, Valencia di Sepanyol.
Walaupun agak kecewa dengan tunggangannya ketika sesi latihan bebas semalam selepas hampir sebulan berehat, pelumba yang lebih dikenali sebagai Damok itu yakin untuk terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya, menjelang dua perlumbaan pada Ahad ini.
"Saya agak kecewa dengan latihan saya, namun saya akan terus kekal motivasi dan fokus untuk latihan seterusnya dan cari jalan untuk lebih baik bagi latihan hari ini," katanya menerusi sebuah video kepada media.
Pelumba pasukan SIC Racing itu menduduki tempat ke-14 dengan 44 mata selepas 10 perlumbaan setakat ini, termasuk kejayaan muncul juara di Litar Catalunya pada April lalu.
Damok sebelum ini dikaitkan dengan 'promosi' ke Kejuaraan Moto-sikal Dunia (MotoGP) pada musim depan, tetapi namanya tidak berada dalam senarai pelumba bagi musim 2022 yang dikeluarkan oleh penganjur.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin yang beraksi di kategori Moto2 kejuaraan tersebut, gembira kerana dapat mencapai keputusan yang diharapkan pada sesi latihan dengan sasaran untuk meraih podium pada Ahad.
"Hari yang positif bagi saya sebab dapat capai sasaran latihan, saya akan terus berfikiran positif dan terus berusaha untuk latihan esok kerana minggu ini sangat penting bagi saya," katanya yang menduduki tangga keempat dengan 84 mata selepas 10 perlumbaan setakat ini.
Pusingan kelayakan dijadualkan berlangsung pada esok, diikuti perlumbaan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Damok yakin untuk terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya, menjelang dua perlumbaan pada Ahad ini. - Gambar/ Facebook @Syarifuddin Azman
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.
GP Malaysia: Damok 'kecewa' gagal lebih pantas
Syarifuddin menyifatkan prestasinya dalam perlumbaan di SIC sedikit sebanyak dipengaruhi tetapan jentera yang digunakan.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
Peluang lihat wakil negara beraksi di GP Malaysia masih terbuka
Zulfahmi berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.
Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.
Damok sedia gegar litar perlumbaan GP Sepanyol dan Portugal
Syarifuddin lebih dikenali sebagai Damok yang beraksi atas tiket 'wildcard' akan membuat penampilan itu dalam kelas Moto3.