KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.
Perlumba berusia 20 tahun mewakili SIC Racing itu, pada mulanya merangkul tempat kedua pada Perlumbaan 1 dengan mencatatkan masa 29 minit 29.888 saat (s), ketinggalan 11.364s di belakang pemenang perlumbaan, Jose Antonio Rueda dari Sepanyol.
Pelumba Itali, Filippo Farioligas (29:29.990s) melengkapkan podium manakala seorang lagi pelumba Malaysia, Danial Syahmi Ahmad Shahril (29:39.973s) hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-14, menurut keputusan dalam laman web rasmi.
Kembali dalam Perlumbaan 2, pemenang podium kekal tidak berubah dengan Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok mencatatkan masa 29:39.669s, sekali lagi menamatkan perlumbaan jarak 74.5km di belakang Jose (29:31.508s) sementara tempat ketiga disandang oleh Filippo dengan catatan masa 29:40.094s.
Danial Syahmi, yang berlumba untuk Asia Talent Team, tidak dapat menamatkan perlumbaan.
"Perlumbaan 1 tadi agak sukar pada awalnya kerana Rueda dah mencapai jarak yang selesa, saya cuba untuk mengekalkan rentak dan habiskan perlumbaan, sebelum berjaya mendapatkan kedudukan kedua selepas bersaing dengan tiga pelumba.
"Pada Perlumbaan 2, Rueda sekali lagi dah pergi depan, saya cuba kejar tetapi pelumba lain cuba untuk memintas saya, membuatkan jurang jarak menjadi lebih besar. Saya sangat gembira dengan keputusan ini, dua piala ini untuk anda semua rakyat Malaysia," kata Damok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol. - Foto Instagram/@syarifuddinazman
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
ARRC: Jangan lagakan pelumba, pesan Azlan Shah buat penyokong
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, memberikan pesanan ringkas buat penyokong Malaysia menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
ARRC: ASB 1000 di Litar Mandalika batal, dua pelumba negara terbabit kemalangan
Berlaku insiden tidak diingini di selekoh ke-10 apabila Haruki Noguchi dan Zaqhwan Zaidi terjatuh, dan Noguchi dilanggar Kasma Daniel.
Kasma Daniel intai tiket 'wild card' musim depan
Pelumba itu berkata beliau perlu membuktikan keupayaan berada dalam kelompok tiga teratas pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023.
ARRC: Khairul Idham Pawi yakin kompetitif di Litar Mandalika
Berbaki tiga pusingan, Khairul Idham mahu mencabar diri sekali gus membawa pulang piala kejuaraan ARRC musim ini.
MotoGP: Damok tekad terus raih mata dalam GP Sepanyol
Syarifuddin Azman bertekad untuk mempamerkan tunggangan terbaiknya untuk mendapatkan lebih banyak mata.
Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.
Hakim Danish raih kedudukan ketiga di Portimao
Dalam penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, Hakim memperbaiki kedudukan kelima yang diraihnya pada Perlumbaan 1 semalam.
RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.