[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SUKAN

'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon

Astro Arena 17/07/2024 | 05:30 MYT
Pan-gon sebelum ini tidak mendedahkan butiran menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam sidang media kerana 'very dangerous' (amat berbahaya) hingga mendapat reaksi pelbagai pihak. - Foto Bernama
MAKSUD perkataan 'danger' yang dikatakan oleh bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah berikutan penguasaan bahasa Inggeris yang kurang baik hingga menyebabkan berlakunya salah faham.
Melalui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menjelaskan maksud perkataan 'danger' yang diguna pakai oleh jurulatih berusia 55 tahun itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia lebih berkaitan taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan. Saya tak pernah rasa tak selamat di Malaysia dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris kurang baik, salah faham terjadi."
Pan-gon sebelum ini tidak mendedahkan butiran menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam sidang media kerana 'very dangerous' (amat berbahaya) hingga mendapat reaksi pelbagai pihak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan akan digalas oleh pemangku jurulatih, Pau Marti untuk sekurang-kurangnya menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

#Kim Pan-gon #bekas pengendali Harimau Malaya #perkataan danger #salah faham #rasa selamat