SUKAN
Daniel Ting wira Sabah FC, Imigresen FC belasah PDRM FC
Pemain Imigresen FC Keron Ornchaiyaphum diasak keras pemain PDRM FC Muhammad Eizrul Ashraf Nor Effendy pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sabah FC berjaya merakam kemenangan sulung Liga Super musim ini, selepas bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk membenam Penang FC 3-2 pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Ringkasan AI
Pada perlawanan itu, Penang FC terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penyerang import Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-17, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan hasil penyudah Ajdin Mujagic lima minit kemudian.
Pasukan pelawat sekali lagi berada di depan selepas Wenzel-Halls meledak gol peribadi keduanya pada minit ke-39, sekali gus meletakkan pasukan mendahului 2-1 memasuki separuh masa.
Bersambung babak kedua, Sabah memastikan sokongan penyokong tuan rumah tidak sia-sia apabila Muhammad Jafri Firdaus Chew meledak gol penyamaan kedua pada minit ke-56, sebelum Daniel Ting muncul wira pasukan dengan gol kemenangan pada minit ke-71.
Tiga mata berharga dikutip skuad Sang Badak itu, membolehkan mereka memanjat ke tangga kesembilan dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi sembilan perlawanan sementara Penang di posisi ke-11 dengan meraih lima mata.
Imigresen FC pula meraih kemenangan kedua mereka, selepas berpesta gol membelasah PDRM FC 5-0 dalam aksi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.
Pasukan tuan rumah tidak berdepan masalah untuk mendahului 2-0 di separuh masa pertama hasil jaringan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-19 dan Joao Pedro pada minit ke-38.
Bersambung babak kedua, The Mighty Tigers menggandakan asakan untuk terus menjarakkan kedudukan dan usaha itu berhasil apabila Elvis Kamsoba, berjaya meledak gol ketiga pada minit ke-74.
Elvis sekali lagi menambah duka PDRM apabila menolak masuk gol keempat IFC hanya selang tiga minit kemudian.
PDRM yang terdesak melakukan beberapa pertukaran dilihat cuba melakukan asakan, namun kekebalan benteng IFC, terus menggagalkan setiap percubaan mereka untuk memburu jaringan.
Pemain gantian Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin memastikan kemenangan selesa IFC apabila merembat masuk gol kelima pada minit ke-90.
Imigresen kini menghuni tempat kelapan dengan sembilan mata, manakala PDRM ke-10 dengan tujuh mata.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sabah FC menang 3-2 lawan Penang FC selepas kebelakangan, Sabah kini di tangga kesembilan Liga Super.
- Sabah turun 0-1 dan 1-2, namun Bangkit dengan gol Ajdin Mujagic, Muhammad Jafri Firdaus Chew, dan Daniel Ting.
- Imigresen FC menang 5-0 lawan PDRM FC, Elvis Kamsoba mencetak dua gol, IFC kini tempat kelapan, PDRM di tempat kesepuluh.