awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran

Astro Arena
Astro Arena
17/08/2022
02:30 MYT
Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan. - Foto AP
DARWIN Nunez telah mengeluarkan permohonan maaf berikutan kad merahnya ketika Liverpool seri 1-1 dengan Crystal Palace di Anfield, semalam.
Pemain antarabangsa Uruguay itu yang tiba daripada Benfica dengan bayaran £64 juta (RM346 juta) mengharungi penampilan sulung di tempat sendiri yang mengecewakan buat The Reds apabila menanduk pertahanan Palace, Joachim Andersen.
Nunez merekodkan lima percubaan tetapi tiada satu pun mengenai sasaran sebelum dia bertindak balas terhadap provokasi berterusan Andersen sebelum sejam permainan apabila menghantuk kepalanya ke arah Andersen.
Penyerang itu menjadi pemain Liverpool kedua yang dibuang padang dalam penampilan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri; tepat 12 tahun selepas Joe Cole dilayangkan kad merah ketika seri 1-1 dengan Arsenal.
Sehubungan itu, Nunez melalui Twitter untuk menyatakan kekesalannya berhubung insiden berkenaan dengan menciap: "Saya sedar tindakan bodoh saya.
"Saya di sini untuk belajar daripada kesilapan dan ia tidak akan berlaku lagi. Mohon maaf kepada Liverpool. Saya akan bangkit," katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan selain menentang Bournemouth dan Newcastle United.
Apologies to Liverpool all Ill be back pic.twitter.com/iszTdSAx2i
— Darwin Núñez (@Darwinn99) August 16, 2022
Topic Berkaitan
#Darwin Nunez
#baran
#Liverpool
#Crystal Palace
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan