awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

David Beckham kritik tindakan pemain sewaktu jelajah Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
02/06/2025
05:00 MYT
David Beckham kritik tindakan pemain sewaktu jelajah Manchester United
Beckham menekankan kepentingan menghormati peminat yang datang dan membayar untuk berjumpa pemain Manchester United. - Gambar fail/Reuters
BEKAS pemain Manchester United, David Beckham, mengkritik keras tindakan beberapa pemain pasukan itu semasa siri jelajah pasca musim mereka di Asia Tenggara, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • David Beckham mengkritik sikap pemain Manchester United: Beliau menyifatkan kelakuan Alejandro Garnacho dan Amad Diallo semasa siri jelajah Asia sebagai "tidak boleh diterima."
  • United mengadakan jelajah selepas musim terburuk mereka: Mereka menamatkan musim Liga Perdana Inggeris 2024/25 di tangga ke-15 dan tewas dalam final Liga Europa.
  • Pemain gagal menghormati peminat semasa jelajah: Beckham menekankan kepentingan menghormati peminat yang datang dan membayar untuk berjumpa pemain, mendapatkan autograf serta bergambar.

United ke Asia usai tamat musim Liga Perdana Inggeris 2024/25, selepas mencatatkan penamat terburuk dalam sejarah apabila berada di tangga ke-15 dan tewas kepada Tottenham dalam perlawanan final Liga Europa (UEL).
Matlamat mengadakan siri jelajah adalah untuk mengumpul wang serta menyantuni peminat dengan mengadakan perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong, dengan Backham melihat kelakuan Alejandro Garnacho dan Amad Diallo sebagai 'tidak boleh diterima'.
Garnacho dilihat terlibat dalam pertengkaran di menolak peminat yang merakamnya, manakala Diallo pula tular dengan rakaman dia menunjukkan jari tengah kepada penyokong.
AMAD DIALLO SPARES MANCHESTER UNITEDS BLUSHES WITH A 12 MINUTE HATTRICK pic.twitter.com/ZM9rJi9E1U
— Pubity Sport (@pubitysport) January 16, 2025
"Saya tidak suka lihat apa yang berlaku di kelab, saya melihat banyak perkara yang tidak boleh diterima oleh saya sebagai peminat dan pencinta Manchester United.
"Anda perlu mewakili lencana. Saya telah melihat banyak perkara dimana pemain tidak bertindak dengan cara yang betul.
"Kami memahami maksud bermain untuk Manchester United dan maksud lencana itu, dimana sahaja kami mengembara sama ada di Eropah atau Asia, kami menghormati peminat.
"Kami hormati hakikat bahawa mereka datang dan membayar wang untuk berjumpa kami, mandapatkan autograf dan mengambil gambar. Anda perlu menghormatinya." katanya.
Pemain United tewas 0-1 kepada ASEAN All-Star di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan persahabatan pertama mereka di Malaysia. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jelajah Manchester United
#David Beckham
#tolak peminat
#Amad Diallo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan