SPORTS

David Beckham, netizen zahir ucapan takziah kepada keluarga Neville Neville

Kohilah Sekaran 08/08/2015 | 13:53 MYT
Beckham berkongsi sebuah rakaman gambar beliau bersama Gary Neville dan Phil Neville dari 'Kelas 92' itu menerusi laman Instagram rasminya.
David Beckham memuji bekas rakan sepasukan, Gary Neville dan Phil Neville sambil memberi penghormatan terakhir kepada bapa mereka, Neville Neville.
Neville Neville, bapa kepada bekas pemain England dan Manchester United (ManU) itu meninggal dunia di sebuah hospital di Sydney, Australia, Jumaat lalu akibat serangan jantung.
Selepas mendengar berita sedih itu, Beckham berkongsi sebuah rakaman gambar beliau bersama dua pemain bola sepak dari 'Kelas 92' itu menerusi laman Instagram rasminya.
"Dua pemain bola sepak yang bermotivasi dan berdedikasi tinggi yang pernah saya bekerjasama dan sikap itu dipengaruhi oleh latar belakang dan kasih sayang keluarga mereka," kata Beckham.

When someone cares for other people's children the way he does his own then you know that person is special... ❤️

A photo posted by David Beckham (@davidbeckham) on

"Kami sedih apabila dimaklumkan bahawa Neville Neville, bapa kepada Gary dan Phil, telah meninggal dunia. Takziah kepada keluarga mereka," katanya.
Neville Neville merupakan kawan rapat bekas pengurus ManU, Alex Ferguson yang membantu membangunkan 'Kelas 92' yang juga merupakan kelas terkenal di pasukan itu.
Sementara itu, laman Twitter dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa kepada keluarga Neville Neville dari para peminat ManU dan pemain bola sepak yang lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Neville Neville juga merupakan bekas pengarah komersial bekas Bury Football Club.
Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun.
#David Beckham #Instagram #meninggal dunia #Neville Neville #takziah