SUKAN

David Moyes dinamakan pengurus baru Real Sociedad

Ian Johan Ariff 11/11/2014 | 12:16 MYT
David Moyes dinamakan pengurus baru kelab Sepanyol, Real Sociedad.
Bekas pengurus Manchester United, David Moyes dinamakan pengurus baru kelab Sepanyol, Real Sociedad.

Ia merupakan pelantikan pertama Moyes selepas dipecat sebagai pengurus United pada April lalu.

Pelbagai khabar angin menyusul mengenai pelantikan Moyes, termasuk laporan yang mendakwa dia menolak tawaran jawatan tersebut.

Antara yang menyambut baik kembalinya dia dalam dunia bola sepak ialah Tim Cahill, tonggak utama Moyes semasa membimbing Everton.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wartawan sukan Oliver Kay berharap Moyes membuktikan kemampuannya sebagai pengurus selepas mengalami musim yang malang bersama United.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penulis Sports Illustrated, Grant Wahl pula kecewa Moyes tidak memilih untuk ke Amerika Syarikat walaupun dia mempunyai sebuah rumah di Florida.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut bekas pemain England, Gary Lineker, laman Wikipedia Sociedad lebih awal lagi menamakan Moyes sebagai pengurus kelab itu sebelum pengumuman rasmi dibuat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara bagi yang masih iri hati atau membenci Moyes, mereka meramalkan nasib yang malang buat Sociedad.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Moyes menandatangani perjanjian sehingga Jun 2016 dan berdepan saingan pertama 22 November ini menentang Deportivo.
#David Moyes. Real Sociedad