SUKAN
De Bruyne tolak tawaran dari kelab Eropah, Arab Saudi demi Napoli
De Bruyne (kiri) telah memenangi enam kejuaraan EPL di bawah kendalian Pep Guardiola dan membantu The Netizen merangkul trofi UCL pertama mereka pada 2023. - Foto Astro ARENA
KAPTEN Belgium, Kevin De Bruyne, berkongsikan dia menolak pelbagai tawaran dari Eropah, Amerika Syarikat dan Arab Saudi untuk menyertai Napoli.
De Bruyne menghabiskan 10 tahun bersama Manchester City sebelum melakukan perpindahan secara percuma ke pasukan juara Serie A itu.
Untuk rekod, dia telah menjaringkan 72 gol dalam 288 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL), manakala hanya Ryan Giggs (162) mempunyai lebih banyak bantuan jaringan dalam liga berbanding De Bruyne (119).
Pemain berusia 34 tahun itu telah memenangi enam kejuaraan EPL di bawah kendalian Pep Guardiola dan membantu The Netizen merangkul trofi Liga Juara-Juara (UCL) pertama mereka pada 2023.
"Saya menerima banyak tawaran, di mana-mana sahaja, (pasukan) di Eropah, Amerika dan Saudi. Tetapi pada akhirnya berasakan datang ke sini dan perasaan itu sangat penting.
"Saya membuat keputusan untuk cuba membuktikan diri saya pergi ke Itali dengan saingan liga baru.
"Saya telah berada dalam EPL sekian lama, sudah tiba masanya mencari cabaran baru.
"Saya berharap boleh membantu pasukan berkembang dengan cara saya dan saya juga boleh belajar daripada mereka," katanya.