KUALA LUMPUR: Penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi tidak memuaskan beliau semasa menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksikannya menjadi bahan bualan peminat Harimau Malaya yang marah dengan keputusan perlawanan itu.
Skuad negara di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe tersungkur 0-4 di tangan UAE dalam perlawanan Kumpulan G saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Zabeel Stadium, Dubai pada Jumaat lepas.
Pemain kelahiran Brazil berusia 34 tahun itu berkata beliau sedar akan harapan tinggi peminat bola sepak tanah air yang mahu melihat kehadiran pemain naturalisasi memberikan impak positif kepada prestasi pasukan.
De Paula yang dihujani kritikan termasuk desakan agar beliau diketepikan pada pertembungan dengan Vietnam Jumaat ini, bagaimanapun menegaskan komitmennya untuk membantu skuad kebangsaan tetap membara.
"Saya bangga menyarung jersi Malaysia, saya sayangkan negara ini dan rakyatnya, namun harapan mereka sangat tinggi.
"Sesetengah daripada mereka berhak mengkritik saya, manakala yang lain pula tidak. Saya tetap bersemangat tinggi dan tidak memikirkan apa yang telah berlalu," katanya.
"Saya tidak tahu apa yang mereka mahu lihat, pasukan ada statistik saya, mereka tahu prestasi saya dalam perlawanan.
"Mereka (peminat) boleh mengkritik saya sepanjang tahun kalau mereka mahu, saya tidak ada masalah.
"Saya tahu kemampuan saya dan apa yang boleh saya berikan di atas padang," katanya pada sidang media secara maya selepas sesi latihan di Dubai hari ini.
De Paula secara rasmi menjadi pemain naturalisasi ketiga negara pada Mac lepas, menyusuli Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi yang turut disenaraikan dalam skuad semasa Cheng Hoe.
Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya dikritik hebat oleh peminat berikutan persembahan hambar ketika kalah 0-4 kepada UAE, dengan De Paula menjadi sasaran utama rasa tidak puas hati peminat selepas penyerang pasukan Johor Darul Ta'zim itu gagal menyerlah.
Malaysia akan meneruskan baki perlawanan pusingan kedua menentang Vietnam di Al Maktoum Stadium, Dubai sebelum menamatkan kempen mereka dalam Kumpulan G bertemu Thailand pada 15 Jun, juga di stadium sama.
Skuad kebangsaan tidak mempunyai pilihan selain menang ke atas Vietnam dan Thailand untuk muncul sebagai antara dua pasukan terbaik peringkat kumpulan, bagi mencerahkan peluang layak secara automatik ke final Piala Asia 2023.
"Kami tahu apa yang perlu kami lakukan, keputusan (perlawanan) ini amat penting bagi kami. Vietnam merupakan pasukan yang bagus dan mereka bermain dengan baik dalam perlawanan terdahulu. Namun kami sangat yakin dapat menjalankan tanggungjawab kami untuk menggembirakan peminat," katanya.
De Paula berkata pasukan kebangsaan yang merupakan gabungan pemain muda dan berpengalaman, sentiasa bekerja keras semasa sesi latihan bagi membaiki kelemahan.
"Mereka (peminat) perlu menaruh kepercayaan kepada kami, tiada antara kami yang datang ke sini untuk bercuti," katanya.
Selepas enam perlawanan, Vietnam mendahului kumpulan dengan 14 mata, diikuti UAE (12 mata), Thailand (9 mata) dan Malaysia, juga dengan sembilan mata, sementara Indonesia di tempat terakhir dengan hanya satu mata.
Berdasarkan rekod sebelum ini, skuad kebangsaan bimbingan Cheng Hoe ini hanya mencatatkan satu keputusan seri dan kalah tiga perlawanan dalam empat pertemuan terakhir menentang Vietnam, dengan Malaysia tewas 0-1 pada aksi pusingan pertama kempen itu di Hanoi pada Oktober 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
De Paula sedar akan harapan tinggi peminat bola sepak tanah air yang mahu melihat kehadiran pemain naturalisasi memberikan impak positif kepada prestasi pasukan. -Gambar fail/FAM
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.
Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.
Tak sangka Harimau Malaya 'rebah' berdepan UAE - Pengurus pasukan
Pengurus pasukan kebangsaan, Yusuf Mahadi terkejut melihat pasukan negara rebah pada 10 minit terakhir perlawanan.
Cheng Hoe perjelas sebab de Paula diberi peluang beraksi 90 minit
Ramai peminat bola sepak tanah air, mempersoalkan mengapa de Paula, tidak digantikan dengan pemain lain, yang mampu beraksi dengan lebih baik.
Peminat kecewa Harimau Malaya rapuh diratah UAE
Kekecewaan ini dirakam sebilangan besar peminat di laman media sosial mereka, dan tidak kurang juga di Facebook Kelab Penyokong Harimau Malaya.
Harimau Malaya akur kehebatan Kuwait
Kuwait terlebih dulu di depan hasil jaringan Ahmad Aldhefeery pada minit ke-21 sebelum Guilherme de Paula meledak gol penyamaan pada minit ke-28.
De Paula, Ramadhan antara dipanggil ke latihan pusat
Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.
PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.
Selangor tetap cemerlang tanpa dua import
Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tetap memuji persembahan pasukannya meskipun sekadar menang 1-0 ke atas Felda United pada Selasa.