awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deschamps tak risau persembahan hambar Perancis

Sinar Harian
Sinar Harian
26/09/2022
02:50 MYT
Deschamps tak risau persembahan hambar Perancis
Aksi pemain Denmark Simon Kjaer dan pemain Perancis Christopher Nkunku ketika perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara kedua-dua negara itu di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark, 25 Sept 2022. (Foto AP)
PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengakui dia tidak risau dengan persembahan hambar yang ditampilkan anak buahnya ketika tewas 0-2 kepada Denmark itu sebagai satu masalah besar kepada pasukan.
Menurut Deschamps, tonggak yang diturunkan itu bukanlah yang terbaik sebaliknya merupakan pemain muda yang kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.
“Saya tidak fikir ini merupakan satu pengakhiran buat pasukan ini. Cuma kami dilihat kurang efektif terutamanya ketika menyempurnakan peluang yang ada selain melakukan beberapa kesilapan.
“Anda perlu faham bahawa ini merupakan pasukan Perancis yang dibarisi pemain muda di mana majoriti dari mereka tidak mempuyai banyak pengalaman beraksi di pentas besar seperti ini.
“Sejujurnya saya tidak risau dengan persembahan mereka kerana para pemain mendapat pengalaman yang mana ia sudah tentu akan membantu mereka pada masa akan datang,”katanya.
Pada aksi yang berlangsung di Parken Stadium, ketiadaan Hugo Lloris, Jules Kounde, N'Golo Kante, Paul Pogba, Ousmane Dembele dan Karim Benzema yang disisihkan akibat kecederaan nyata memberi impak kepada persembahan Les Blues.
Tuan rumah, Denmark berjaya menjaringkan dua gol menerusi Kasper Dolberg dan Andreas Skov Olsen pada babak pertama.
Keputusan tersebut menyaksikan Perancis menamatkan aksi Liga A, Kumpulan 1, dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan, tetapi kemenangan 3-1 Croatia di Austria menyelamatkan juara dunia itu daripada tersingkir. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Denmark
#Perancis
#Liga Negara-Negara UEFA
#Didier Deschamps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan