awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

D'Herbs sahkan taja pasukan Kedah RM30 juta

Bernama
Bernama
24/04/2016
04:05 MYT
D'Herbs sahkan taja pasukan Kedah RM30 juta
ALIFF: Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar. - Foto BERNAMA
Syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.
Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.
"Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.
"Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus... saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh," katanya pada siding media di Stadium Darul Aman, malam ini.
Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.
Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.
"Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja," katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.
Menurutnya beliau berkata tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri Kamarzaman
#D'Herbs
#Kedah
#KFA
#persatuan bola sepak kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan