SUKAN
Dia buang saya - Donnarumma tinggalkan PSG, Man Utd atau Man City jadi pilihan?
Donnarumma meluahkan kekecewaannya meskipun membantu PSG merangkul beberapa kejuaraan terutamanya Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. - Foto stadiumastro
KETEGANGAN melanda kem Paris Saint-Germain (PSG) 24 jam sebelum sepak mula bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan Piala Super UEFA, malam ini.
Ketua jurulatihnya, Luis Enrique, sah mengetepikan penjaga gol utama mereka, Gianluigi Donnarumma, sekali gus terkeluar daripada senarai skuad, namun tidak pasti apakah sebab kukuh kepada punca tersebut.
Dengan pelbagai spekulasi perpindahan penjaga gawang Itali itu ke beberapa kelab ternama, perbincangan status gaji turut menjadi salah satu perkara, selain masalah disiplin yang ditampilkan turut mempengaruhi keputusan tersebut pantas dibuat.
Donnarumma dalam satu kenyataan jelas meluahkan kekecewaannya meskipun membantu PSG merangkul beberapa kejuaraan terutamanya Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim lalu.
"Seseorang telah memutuskan bahawa saya tidak lagi boleh menjadi sebahagian daripada kelab walaupun menyumbang kepada kejayaan pasukan.
"Saya sangat kecewa.
"Saya berharap dapat peluang melihat peminat di Parc des Princes sekali lagi dan mengucapkan selamat tinggal sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.
"Jika itu tidak berlaku, saya mahu anda tahu bahawa sokongan dan kasih sayang anda bermakna bagi saya, dan saya tidak akan melupakannya," katanya.
Kini, terdapat khabar angin mengatakan dia bakal ke Manchester United, namun belum ada pengesahan rasmi.
Akan tetapi, giliran Manchester City menunjukkan minat untuk menandatangani Donnarumma apabila difahamkan sedang mengadakan perbincangan mengenai gaji bersama ejennya, Enzo Raiola.