DIA bukan hamba kamu!
Itu teguran yang diterima oleh pemain tenis Perancis, Elliot Benchetrit semasa perlawanan Terbuka Australia baru-baru ini.
Benchetrit dimarahi pengadil kerana meminta seorang gadis pengutip bola mengupas pisang untuknya semasa perlawanan menentang pemain Kazakhstan, Dmitry Popko.
Bukan saja pengadil, malah tindakan Benchetrit yang dianggap 'mengada-ngada' itu turut menimbulkan kemarahan warganet.
Namun Benchetrit mempertahankan tindakannya dan berkata bahawa gadis itu "tidak kisah pun" dan tidak membantah permintaannya untuk berbuat demikian.
"Saya meminta gadis bola mengupas pisang untuk saya kerana saya telah memakai krim di tangan supaya tidak berpeluh.
"Namun, kali kedua saya meminta tolong gadis tersebut, saya telah ditegur oleh pengadil yang berkata dia bukan hamba saya dan saya boleh mengupasnya sendiri," katanya.
Benchetrit berkata dia terkejut dengan komen tersebut dan kesal dengan reaksi yang timbul daripada kejadian itu.
Meskipun terpalit dengan insiden 'kupas pisang' itu, beliau berjaya memenangi perlawanan pada Sabtu lalu.
Asyraf Roslan
Wed Jan 22 2020

Benchetrit mempertahankan tindakannya meminta gadis bola (kiri) mengupas pisang untuknya. -Foto [email protected]

Pakej Internet Perpaduan: Syarikat telekomunikasi boleh tawar harga lebih murah
Kementerian sentiasa mengalu-alukan tawaran perkhidmatan internet yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah mengikut kesesuaian.

Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu dan empat pelajar mengalami cedera ringan.

Aktiviti seludup haiwan secara haram dari JB ke Singapura masih 'ligat'
Selain anjing, haiwan peliharaan yang sedia dijual pada harga murah di seberang tambak adalah kucing dan beberapa haiwan eksotik lain.

Lelaki maut, kenderaan terbabas langgar pokok di Jalan Kuantan-Gambang
Seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dikerah ke lokasi kejadian.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei, Thaipusam
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya.

1,762 warga Ukraine dibebaskan dari tahanan Rusia - Zelenskyy
116 lagi askar Ukraine dibebaskan dalam pusingan baharu pertukaran tahanan antara Rusia dan Ukraine.

Thaipusam: Meriah tetapi perlu hati-hati - Sivakumar
Beliau meminta agar kesemua yang hadir sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan ancaman pandemik itu masih wujud.

MCMC, PDRM dminta siasat gambar fitnah Perdana Menteri
Fahmi berkata pemilik akaun Facebook itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

Bekas PM Mesir Sherif Ismail meninggal dunia pada usia 67
Ismail meninggal dunia pada Sabtu dan dilaporkan menghidap penyakit berkaitan sistem penghadaman.

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu
Perayaan dan budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman.

'Dia bukan hamba kamu!' - Pemain tenis Perancis dikecam kerana minta kupas pisang
Bukan saja pengadil, malah tindakan Benchetrit yang dianggap 'mengada-ngada' itu turut menimbulkan kemarahan warganet.