SUKAN

Dion Cools pahat sejarah pemain Malaysia pertama beraksi dalam Liga J1 Jepun

Astro Arena 04/06/2025 | 09:30 MYT
Cerezo Osaka mengesahkan penyertaan Cools melalui kiriman media sosial. - Stadium Astro
PERTAHANAN Harimau Malaya, Dion Cools, memahat sejarah selaku pemain negara pertama beraksi dalam liga terbaik Asia, Liga J1 Jepun.


Ringkasan AI
  • Dion Cools cipta sejarah di Liga J1 Jepun: Pertahanan Harimau Malaya menjadi pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga bola sepak terbaik Asia selepas sah menyertai Cerezo Osaka.
  • Perpindahan dari Buriram United: Sebelum ini, Cools bermain di Thailand bersama Buriram United, di mana dia memenangi gelaran quadruple dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
  • Pengumuman rasmi oleh kelab: Cerezo Osaka mengesahkan penyertaan Cools melalui kiriman media sosial, memperkukuh kehadiran pemain Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa.


Ini selepas pemain berusia 29 tahun itu sah mengikat kontrak sepenuh masa bersama salah sebuah pasukan gergasi Negara Matahari Terbit itu, iaitu Cerezo Osaka.

Perkara itu diumumkan kelab berkenaan dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi.



Sebagai rekod, Cools menyertai Cerezo Osaka daripada kelab Thailand, Buriram United, di mana dia memenangi gelaran quadruple bersama kelab itu selain layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). -- Stadium Astro





#dion cools #Liga J1 Jepun #harimau Malaya #Cerezo Osaka