SPORTS
Dion Cools selangkah hampir sertai kelab Liga J1, Cerezo Osaka
Buriram United bersetuju melepaskan Cools walaupun masih berbaki satu tahun kontrak bersama kelab Thailand itu. - Stadium Astro
PERTAHANAN Harimau Malaya, Dion Cools, sah bakal menyertai pasukan Liga J1, Cerezo Osaka.
Ringkasan AI
- Dion Cools sah menyertai Cerezo Osaka, selepas Buriram United bersetuju melepaskannya walaupun masih berbaki satu tahun kontrak bersama kelab Thailand itu.
- Cools akan kembali bekerjasama dengan bekas jurulatihnya, Arthur Papas, yang kini melatih Cerezo Osaka selepas meninggalkan Buriram pada Mac 2024.
- Perpindahan ini mengesahkan laporan terdahulu, yang menyebut minat Cerezo Osaka terhadap pemain berusia 28 tahun itu dan rundingan yang telah berlangsung.
Buriram United telah bersetuju untuk melepaskan khidmat pertahanan negara itu di sebalik masih berbaki satu tahun kontraknya bersama kelab Thailand.
Perkhabaran ini mengesahkan laporan terdahulu, yang memetik laporan media utama Thailand, Ball Thai, mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu.
Cools dijangka kembali bekerjasama dengan bekas jurulatih Thunder Castle, Arthur Papas, di mana pengendali dari Australia itu kini melatih Cerezo selepas meninggalkan Buriram pada Mac 2024. -- Stadium Astro