SUKAN
Dipanggil Malaysia, tahniah Facu! - Deportivo Alaves
Garces diumumkan sebagai pemain warisan baharu menjelang aksi persahabatan menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Stadium Astro
SKUAD negara malam tadi mengumumkan kedatangan pemain warisan baru kelahiran Argentina, Facundo Garces, menjelang aksi persahabatan tier 1 menentang Cape Verde di Stadium nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Ringkasan AI
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang transfermarkt.com, pertahanan tengah berusia 25 tahun itu kini memiliki nilai pasaran sebesar 1.2 juta euro (RM5.81 juta), bahkan pernah merekodkan nilai pasaran tertinggi, iaitu 4.5 juta euro (RM21.78 juta), dari Mei 2022 hingga Julai 2023.
Facundo merupakan pemain kelahiran Santa Fe, Argentina dan menghabiskan zaman remajanya bersama kelab tempat kelahirannya, Colon de Santa Fe, sehingga 2024.
Awal tahun ini, dia menandatangani kontrak tiga setengah tahun bersama kelab LaLiga, Deportivo Alaves.
Sebagai rekod, Facundo melakukan 116 penampilan bersama skuad senior Colon dari 2022 hingga 2024, di mana dia turut menjaringkan tiga gol.
Selain itu, dia juga tampil sebanyak 10 kali daripada 13 perlawanan terakhir Alaves dalam saingan liga utama Sepanyol, di mana tujuh daripadanya sebagai kesebelasan utama.
Kehadirannya dilihat penting menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di SNBJ pada 10 Jun ini.
Keberadaan Facundo bersama skuad kebangsaan Malaysia turut diraikan kelabnya, Alaves.
Alaves, dalam satu kiriman media sosial, berkata: "Facu Garces dipanggil menyertai skuad Malaysia.
"Pemain Albiazul itu akan menghadapi pusingan kelayakan untuk Piala Asia AFC yang akan datang bersama @malaysia_nt ."
Ringkasan AI
- Facundo Garces sertai skuad Malaysia: Pemain pertahanan Argentina berusia 25 tahun diumumkan sebagai pemain warisan baharu menjelang aksi persahabatan menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Pengalaman & rekod profesional: Facundo pernah bermain untuk Colon de Santa Fe sebelum menyertai Deportivo Alaves di LaLiga. Dia memiliki nilai pasaran semasa 1.2 juta euro dan pernah mencapai 4.5 juta euro.
- Bakal perkuat skuad kebangsaan: Kehadirannya dilihat sebagai tambahan penting bagi skuad Malaysia menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam pada 10 Jun.