SUKAN

Djokovic atasi Struff untuk mara ke suku akhir terbuka AS

Bernama 01/09/2025 | 05:31 MYT
Djokovic akan menentang Taylor Fritz untuk tempat ke separuh akhir. - Foto Reuters
NEW YORK: Novak Djokovic melangkah ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Ahad selepas menewaskan pemain Jerman, Jan-Lennard Struff dengan kemenangan straight set 6-3, 6-3, 6-2 di Stadium Arthur Ashe.


Ringkasan AI
  • Novak Djokovic mara ke suku akhir Terbuka AS selepas menewaskan Jan-Lennard Struff 6-3, 6-3, 6-2 di Stadium Arthur Ashe.
  • Pemain berusia 38 tahun itu akan menentang Taylor Fritz untuk tempat ke separuh akhir, walaupun sempat mendapatkan rawatan perubatan ringkas.
  • Djokovic kekal di landasan memburu gelaran Grand Slam ke-25, yang akan menjadikannya pemegang rekod tunggal mengatasi Margaret Court.


Pemain Serbia berusia 38 tahun itu akan berdepan wakil tuan rumah, Taylor Fritz bagi merebut slot ke separuh akhir.

Djokovic sempat mendapatkan rawatan perubatan ringkas selepas dua set pertama, namun segera kembali mengawal rentak permainan dan mendominasi perlawanan.

Struff pula mencatat pencapaian terbaiknya di New York apabila mara ke pusingan 16 buat kali pertama.

Dengan kemenangan ini, Djokovic kekal di landasan memburu gelaran Grand Slam ke-25, sekali gus berpeluang menjadi pemegang rekod tunggal mengatasi bintang Australia, Margaret Court.

-- BERNAMA




#Novak Djokovic #Tenis Terbuka Amerika Syarikat #melangkah ke suku akhir #kalahkan Struff