Doa untuk Harimau Malaya di Konvensyen Amanah Nasional 2018

Astro Awani
Disember 15, 2018 03:30 MYT
Malaysia akan menentang Vietnam dalam final kedua di Hanoi pada Sabtu, 8:30 malam. - Gambar fail
Bahang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 turut dirasakan di Konvensyen Amanah Nasional yang berlangsung di Ipoh.
Dalam kesibukan berucap dan memberikan hujah ketika membahaskan ucapan dasar Presiden, perwakilan Amanah tidak lupa mendoakan agar pasukan Harimau Malaya berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki 2018.
Wakil Pemuda Amanah, Mohd Amar Atan pada penghujung ucapannya sempat mengajak semua perwakilan yang berada di konvensyen parti itu agar mendoakan kejayaan pasukan negara.
"Tuan Speaker, pasukan Malaysia, Harimau Malaya akan berentap di Hanoi dan kita doakan pasukan Harimau Malaya untuk menang," katanya.
Malaysia akan menentang Vietnam dalam final kedua di Hanoi pada Sabtu, 8:30 malam.
Pada 11 Dis lepas, Malaysia dan Vietnam seri dua sama ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Kali terakhir Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki pada 2010.
#Amanah #doa #harimau Malaya #Malaysia #Parti Amanah Negara #Perak #Piala AFF Suzuki 2018