SUKAN

Isu dokumetasi: SPRM bakal siasat FAM jika terdapat kesalahan jenayah

Astro Arena 27/09/2025 | 06:30 MYT
Azam berkata siasatan boleh dijalankan tanpa laporan rasmi kerana isu ini berada dalam domain awam. - Gambar fail/Bernama
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.


Ringkasan AI
  • SPRM akan berhubung dengan FIFA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu melibatkan FAM dan tujuh pemain kebangsaan yang dikenakan tindakan tatatertib.
  • Siasatan boleh dijalankan tanpa laporan rasmi kerana isu ini berada dalam domain awam, dan SPRM akan bertindak jika wujud kesalahan jenayah.
  • FAM didenda CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) oleh FIFA atas pelanggaran Artikel 22 Kod Disiplin berkaitan pemalsuan dokumen.


Meskipun tidak terdapat laporan dilakukan mana-mana pihak, namun siasatan akan dijalankan mengenai isu yang diklasifikasikan sebagai 'public domain' itu sekiranya terdapat kesalahan jenayah.

"Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenarnya isunya dan sekiranya kita mendapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan.

"Oleh kerana perkara ini timbul dalam media dan saya lihat ini satu perkara yang melibatkan kepentingan awam.

"Tidak ada laporan tetapi SPRM melihat ini dalam kenyataan media yang keluar, jadi dia menjadi satu kenyataan umum ataupun dalam domain public.

"Bila menjadi dalam satu public domain, SPRM kita tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat, kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat sudah mengetahui tentang perkara ini," katanya hari ini.

Badan induk bola sepak negara itu sebelum ini dikenakan sekatan dan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melakukan pelanggaran babitkan Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM turut diarahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain berkenaan dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000). - Stadium Astro






#SPRM #siasat FAM #dokumen palsu #FIFA #Malaysia #Azam Baki #terkini