KUALA LUMPUR:Hala tuju e-sukan negara semakin menunjukkan impak yang cukup besar saban hari, bukan sahaja dalam kalangan negara Asia malah di seluruh dunia.
Melihat kepada kehebatan dan kesungguhan perjalanan bagi pemain industri e-sukan dalam negara, saluran dan platform e-sukan Astro, eGG Network berganding bahu dengan Esports Integrated (ESI), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Impact Integrated dengan menghasilkan satu siri dokumentari khas mengenai kebangkitan dunia e-sukan di negara ini.
Siri dokumentari yang berjudul Jalur 14, dokumentari yang mempunyai lima siri itu akan mengumpulkan kisah pahit manis para pejuang e-sukan sepanjang 14 tahun berhempas pulas mengharumkan nama negara.
Ada apa dengan Jalur 14?
Jalur 14 menceritakan tentang 14 ikon Malaysia termasuk pemain terkenal di peringkat dunia, Chai ‘Mushi’ Yee Fung, Ng ‘YamateH’ Wei Poong dan pemenang pingat emas e-sukan pertama, Dr. Yew Weng Kean.
Turut tidak ketinggalan ialah pemain pelapis muda seperti Mohd Fariz Zakaria atau lebih dikenali sebagai ‘Soloz’, Ahmad Fuad Razali atau ‘Fredo’, Andriyana Mohamed Ghazali iaitu ‘Chuchu Gaming’, dan ramai lagi.
Dari takuk ‘zero’ sehinggalah diangkat menjadi ‘hero’, kesemua mereka ini akan berkongsikan kisah perjuangan, cabaran dan pengalaman sepanjang perjalanan mereka dalam e-sukan demi mengibarkan Jalur Gemilang ke persada dunia.
Apa kata Menteri Belia dan Sukan?
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, industri itu dikenal pasti antara yang mampu menjana ekonomi, dan pada masa yang sama melahirkan bakat terkenal tempatan yang berpotensi untuk ke peringkat global.
“Saya mahu menggalakkan keterangkuman dalam ekosistem ini. Saya mahu pemain dari kawasan pedalaman juga mempunyai peluang untuk bertanding.
“Wanita muda kita menceburkan diri dengan aktif dalam bidang ini. Saya mahu kesemua lapisan masyarakat, tua atau muda, untuk sama-sama menunjukkan minat dalam e-sukan.
“Tetapi dalam usaha kita untuk memupuk ekosistem yang meriah, mampan, dan inklusif, kita harus memahami sejarah e-sukan Malaysia, dan mampu mengenal pasti arah dan hala tuju industri tersebut di negara ini,” jelas Reezal.
Mengulas mengenai dokumentari itu, Reezal Merican berkata, ia diharap dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada semua pihak, dan juga untuk memberi inspirasi bagi melahirkan lebih ramai atlit berbakat.
BACA: Kerajaan mahu pastikan ekosistem e-sukan lebih mampan dan inklusif - Reezal Merican
Siri dokumentari Jalur 14 bukti kesungguhan Astro pupuk semangat e-sukan - Ketua Sukan Astro
Sementara itu, Ketua Sukan Astro Lee Choong Khay berkata, siri dokumentari itu menunjukkan kesungguhan Astro untuk memupuk bakat baharu dalam industri e-sukan.
“Jalur 14 merupakan idea yang bercita-cita tinggi untuk mendedahkan kisah rakyat Malaysia yang telah memperjuangkan industri e-sukan negara ini.
“Selepas perancangan selama berbulan-bulan lamanya, kami sangat teruja untuk berkongsi kisah 14 individu yang telah memberi impak kepada industri melalui dokumentari lima siri ini.
“Kami mahu kisah mereka didedahkan bukan sahaja kepada penonton di Malaysia, tetapi juga di negara-negara serantau yang boleh mengakses kandungan eGG Network.
Ujarnya lagi, tayangan siri itu akan mendedahkan bahawa e-sukan bukan semata-mata permainan video atau telefon bimbit, tetapi ia turut menceritakan impak kesemua 14 individu berkenaan dalam pembangunan industri itu.
“Kami sangat gembira kerana Kementerian terus menyokong perkembangan industri ini melalui pelbagai inisiatif.
“Dan kami di Astro komited untuk bersama-sama melahirkan bakat baharu, yang akan mencipta nama bukan sahaja untuk mereka, tetapi juga untuk arena antarabangsa,” tambah Choong Khay.
Kami gembira ada rakan seperjuangan berkongsi matlamat sama - Impact Intergrated
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir menjelaskan bahawa pihaknya gembira mempunyai rakan seperjuangan seperti eGG Network yang berkongsi matlamat dalam membina industri e-sukan di Malaysia.
“Sebilangan kisah yang dikongsi di Jalur 14 memperlihatkan perlunya ekosistem e-sukan yang lestari.
“Kami berharap lebih banyak pemain industri akan melakukannya bersama kami dalam perjalanan ini untuk membuat struktur yang menyediakan pelbagai peluang dalam rantaian industri," jelas beliau.
Jangan terlepas tonton episod pertama Jalur 14 pada 26 November 2020, 9 malam di saluran eGG Network Astro CH800, khas kepada semua pelanggan Astro.
Faris Danial Razi
Mon Nov 16 2020
Jangan terlepas tonton episod pertama Jalur 14 pada 26 November 2020, 9 malam di saluran eGG Network Astro CH800, khas kepada semua pelanggan Astro. - Foto Stadium Astro
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.