[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Dominic Tan, Stuart Wilkin bakal berkelana ke Thailand?

Astro Arena 21/04/2025 | 05:30 MYT
Kedua-dua pemain itu merupakan antara tonggak penting yang memacu Sabah menamatkan kempen Liga Super 2024/25 di kedudukan ketiga. - Stadium Astro
PEMAIN skuad kebangsaan iaitu Dominic Tan dan Stuart Wilkin difahamkan merupakan antara pemain yang berada dalam radar kelab dari Thailand.
Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dengan menjelaskan: "Dari Kota Kinabalu (KK) ke Bangkok, difahamkan Stuart Wilkin dan Dominic Tan antara pemain Harimau Malaya yang dapar offer kelab Thailand."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemain itu merupakan antara tonggak penting yang memacu Sabah menamatkan kempen Liga Super 2024/25 di kedudukan ketiga dengan 40 mata.
Untuk rekod, Wilkin kini telah mengumpul 25 caps bersama Harimau Malaya dan telah mengumpul enam gol, manakala Dominic telah mengumpul 36 caps selaku jentera pertahanan negara. -- Stadium Astro
#Dominic Tan #Stuart Wilkin #harimau Malaya #berhijrah ke Thailand