SUKAN
Donnarumma mahu kembali ke Itali
Donnarumma ketika beraksi dalam perlawanan EPL antara Manchester City dan Brighton and Hove Albion di Manchester, England, 7 Jan 2026. (Foto AP)
EJEN kepada Gianluigi Donnarumma mendedahkan penjaga gol itu terbuka untuk kembali beraksi di Itali sekiranya peluang berkenaan muncul, walaupun baru empat bulan menyertai Manchester City.
City mendapatkan khidmat Donnarumma, 26, pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu menerusi perpindahan bernilai £26 juta (kira-kira RM141 juta hingga RM142 juta) dari Paris Saint-Germain (PSG), selepas pemain itu tidak lagi menjadi pilihan utama meskipun membantu kelab berkenaan menjulang trofi Liga Juara-Juara.
Penjaga gol kebangsaan Itali itu kini berperanan sebagai penjaga gol utama City, namun wakilnya, Enzo Raiola menyatakan Donnarumma tidak akan menolak kemungkinan untuk kembali ke Serie A dalam masa terdekat.
Raiola turut mengesahkan kliennya itu menyesuaikan diri dengan baik di Liga Perdana Inggeris bersama The Citizens.
Bagaimanapun menurut Raiola, Donnarumma berada pada fasa kerjaya di mana kepulangan ke tanah air tetap menjadi pilihan.
“Ketika ini di Manchester City, dia menemui ketenangan bersama pasukan dan persekitaran, selain amat menyukai projek yang diusahakan kelab.
“Dia juga mula memahami corak dan cabaran liga Inggeris. Beberapa hari lalu dia bergurau dengan saya, mengatakan bermain lima atau enam tahun di sana adalah satu pengembaraan.
“Namun, jika ada peluang untuk kembali ke Itali, kami akan menerimanya,” kata Raiola.
Situasi itu berpotensi menghidupkan semula minat kelab seperti Juventus dan Inter Milan yang sebelum ini memantau Donnarumma selepas beliau diketepikan oleh pengendali PSG, Luis Enrique.
Namun, gaji lumayan Donnarumma di Etihad iaitu sekurang-kurangnya £13 juta setahun bersih (kira-kira RM70 juta hingga RM71 juta setahun) tidak termasuk bonus - melalui kontrak lima tahun dengan opsyen lanjutan hingga 2031, dijangka menjadi halangan utama kepada kepulangan semula ke Serie A.
Donnarumma mula mencuri perhatian pada 2015 apabila membuat penampilan sulung bersama kelab zaman kanak-kanaknya, AC Milan ketika berusia 16 tahun.
Beliau merekodkan 251 penampilan sepanjang enam tahun bersama Milan sebelum berhijrah ke PSG.
Prestasi konsisten itu mengukuhkannya sebagai penjaga gol utama Itali, dengan 79 penampilan antarabangsa termasuk membantu negara itu menjuarai Euro 2020.
Setakat ini, Donnarumma telah membuat 24 penampilan semua pertandingan bersama City. - Sinar Harian