PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) merancang untuk membubarkan skuad kebangsaan seandainya dua atlet mereka didapati bersalah mengambil bahan terlarang jenis anabolic steroid sehingga berdepan penggantungan maksimum selama empat tahun.
Nadi Arena melaporkan dua atlet terbabit, termasuk pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, ketika ini sedang menjalani penggantungan sepanjang proses siasatan dijalankan.
Mereka perlu menghadapi Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) sebelum Khamis ini.
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik terhadap skuad kebangsaan.
BACA: Dua atlet angkat berat positif doping digantung serta-merta - PABM
BACA: Shapawi terkejut atlet positif doping
Presidennya, Datuk Ayub Rahmat, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, berkata: "Jika mereka masih lagi tidak berbubah, kami mungkin akan membubarkan pasukan kebangsaan dan akan membentuk pasukan baru.
"Ini supaya kami dapat mengawal dengan lebih dekat atlet ini.
"Saya selalu katakan bahawa walaupun ada atlet yang boleh mendapatkan pingat emas tetapi sekiranya mereka terlibat dengan kegiatan seperti ini, menyalahi aspek disiplin yang telah ditetapkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan mereka.
"Biarlah tidak mendapatkan pingat asalkan memiliki reputasi yang baik.
"Kami sebenarnya mempunyai atlet pelapis yang berbakat dan ada yang mampu meraih pingat emas.
"Kami di PABM tidak bergantung kepada seorang atlet sahaja. Kami mempunyai atlet lain yang mungkin lebih baik berbanding atlet sedia ada," katanya.
Astro Arena
Mon Sep 06 2021

PABM merancang membubarkan skuad kebangsaan seandainya dua atlet mereka didapati bersalah mengambil bahan terlarang jenis anabolic steroid. - Foto Astro ARENA

M K Land kongsi semangat kebersamaan, inspirasi sepanjang Ramadan
Siri Jelajah Ramadan beri peluang kepada M K Land berkongsi rezeki dengan lebih 250 anak yatim, tahfiz.
QR Pay: Pemacu PKS ke peringkat global
Dari pembayaran rentas sempadan hingga menerima transaksi langsung dari luar negara, bagaimana peluang baru ini membuka jalan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia untuk berkembang di peringkat antarabangsa? Bersama Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Chris Daniel Wong berkongsi tentang pemerkasaan PKS ke pasaran antarabangsa.
Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Tesla mengumumkan bahawa syarikat itu akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan.
Hyundai umum pelaburan AS$21 bilion di Amerika Syarikat untuk tingkatkan pengeluaran
Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan oleh bilionair Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memperkukuh operasi pembuatan.

Ringgit dibuka tinggi susulan perbincangan meningkat mengenai dasar tarif Trump
Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini.
AWANI Ringkas: Enjin kanan pesawat AirAsia terbakar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Budak enam tahun jatuh ketika makan, batang gula-gula tembus otak
Kejadian malang tersebut menimpa Xiao Zhu, pada Rabu yang ketika itu sedang memegang gula-gula maltosa berbatangkan buluh.

RM70,000 lesap, Ridzokumura kecewa duit arwah isteri hilang
Dia menyedari kehilangan wang itu baru-baru ini dan mengesyaki ia diambil oleh individu dalam kalangan yang pernah berada di rumahnya.
AWANI Pagi: Op Selamat 24 | Hargai nyawa, patuhi undang-undang
Menjelang 1 Syawal, ikuti perkongsian #AWANIPagi bersama Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Perolehan), Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ACP Fauzi Osman berkenaan pengaktifan Op Selamat 24.

Banjir di Johor beransur pulih, mangsa berkurang kepada 405 orang
Semua mangsa daripada 116 keluarga, berlindung di lima PPS di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.

PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.

Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.

Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.

Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.

SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.

Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.