Dota 2: OG juara The International buat kali kedua

Astro Awani
Ogos 25, 2019 16:08 MYT
OG membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$15 juta (RM62.8 juta). - Foto REUTERS
PASUKAN Dota 2, OG berjaya merangkul kejuaraan bagi kejohanan antarabangsa Dota 2, The International 2019 (TI 9) di aksi grand final di Shanghai, China pada Ahad.
Pasukan dari Eropah itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$15 juta (RM62.8 juta).
Pusingan grand final yang berlangsung Mercedes-Benz Arena itu menyaksikan OG menewaskan pasukan Liquid yang juga dari Eropah, 3-1.
Ini merupakan kali kedua pasukan OG menjulang piala Aegis of Champions tersebut.
Meskipun pasukan Liquid berada di tempat kedua, mereka tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$4.4 juta (RM18.4 juta).
#Aegis of Champions #Dota 2 #Mercedes-Benz Arena #Shanghai #Team Liquid #team OG #The International 2019 #TI9