Dr Mahathir tiup semangat kepada skuad Harimau Malaya

Bernama
September 10, 2019 11:22 MYT
Dr Mahathir mendoakan kejayaan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan kedua saingan kelayakan itu yang bermula 8.45 malam ini. - Gambar fail
Pasukan Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Menerusi laman Twitter, Dr Mahathir mendoakan kejayaan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan kedua saingan kelayakan itu yang bermula 8.45 malam ini.
“Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini.
“Saya berharap para penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan yang padu buat pasukan negara kita. Buktikanlah bahawa #MalaysiaBoleh #KamiTeamMalaysia,” katanya.

Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini. Saya berharap para penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan yang padu buat pasukan negara kita. Buktikanlah bahawa #MalaysiaBoleh #KamiTeamMalaysia https://t.co/Qb7z1bLrkU

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia kini mengungguli saingan Kumpulan G dengan tiga mata mengatasi Thailand dan Vietnam dengan satu mata di tempat kedua dan ketiga sementara perlawanan hari ini merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.
Pada aksi pertama kempen kelayakan itu, Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Gelora Bung Karno di Jakarta, Khamis lepas.
#Emiriah Arab Bersatu #Gelora Bung Karno #harimau Malaya #Indonesia #Mahathir Mohamad #Tan Cheng Hoe #Thailand #UAE #Vietnam