[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

Dr Vellapandian Ponnusamy CEO baru Institut Sukan Negara

Astro Arena 25/02/2025 | 04:31 MYT
Vellapandian menggantikan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), Ahmad Faedzal Md Ramli, yang telah tamat perkhidmatan, semalam. - Foto ISN
DR Vellapandian Ponnusamy diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) berkuat kuasa hari ini menggantikan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), Ahmad Faedzal Md Ramli, yang telah tamat perkhidmatan, semalam.
Individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang sukan itu dipilih bagi menerajui ISN sebagai medan utama perkembangan sukan serta membantu atlet mendapatkan khidmat nasihat dan mempersiapkan diri menghadapi kejohanan penting.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara pengalaman luasnya ialah menjawat kerusi CEO Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Pengarah Kejurulatihan Akademi Malaysia dan Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Indonesia.
Selamat bertugas!
-- Stadium Astro
#Dr Vellapandian #Ketua Pegawai Eksekutif #Ahmad Faedzal Md Ramli #Institut Sukan Negara #terkini