[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Drogba bakal sertai Galatasaray

Astro Awani 11/02/2013 | 23:26 MYT
Bintang bola sepak Ivory Coast, Didier Drogba lepas ujian kesihatan bersama Galatasaray, pada Isnin.
Pemain berusia 34 tahun itu bakal menyertai Galatasaray dari kelab China, Shanghai Shenhua.
Terdahulu, satu sidang media diadakan bagi menyambut kehadiran bekas pemain Chelsea itu.
Sebelum itu juga, Drogba jadi penonton ketika kelab barunya itu menewaskan Antalyaspor 2-0.
Turut serta, seorang lagi pemain baru kelab itu, Wesley Sneijder.
Kelab yang berpangkalan di Istanbul itu kini mendahului puncak liga dengan kelebihan lima mata.
Galatasaray akan bertemu wakil Bundesliga Schalke untuk perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah, pada Rabu.
#Didier Drogba #Galatasaray #Ivory Coast