KUALA LUMPUR: Dua acara iaitu Sidang Kemuncak Bola Sepak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) dan mesyuarat exco Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kali ketiga di Jeddah, Arab Saudi mampu mengeratkan hubungan sukan itu di peringkat Asia dan dunia.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga Ahli Majlis FIFA optimis hubungan bola sepak Asia dan dunia bertambah erat memandangkan kedua-dua acara berkenaan diadakan seiring dengan pertandingan Piala Kelab Dunia FIFA yang berlangsung bermula 12 Dis dan dijadual berakhir hari ini.
"Bagi saya, pertemuan dan mesyuarat ini mampu mengeratkan hubungan persaudaraan bola sepak Asia dan dunia kerana ia diadakan di Jeddah bersempena dengan Piala Kelab Dunia FIFA dan Sidang Kemuncak Bola Sepak FIFA," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook FAM hari ini.
Ahli jawatankuasa eksekutif AFC itu pada masa sama berkata mesyuarat exco AFC juga meluluskan pembentukan Pasukan Petugas Pembaharuan AFC untuk tadbir urus yang baik.
Selain Sidang Kemuncak Bola Sepak FIFA dan mesyuarat exco AFC, Hamidin turut menghadiri mesyuarat majlis FIFA Ahad lepas, juga di Jeddah.
Antara butiran penting diputuskan ahli majlis pada mesyuarat itu ialah mengesahkan Piala Dunia Kelab FIFA kini dikenali sebagai Mundial de Clubes FIFA dengan penampilan kelab daripada setiap enam konfederasi iaitu Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara,Tengah dan Caribbean, Amerika Selatan serta Oceania.
Perubahan itu bermula secara efektif pada 2025 yang menyaksikan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah.
Ahli majlis juga memutuskan Chile akan menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2025, manakala Poland akan menjadi hos Piala Dunia Wanita B-20 2026.
Juara Liga Juara-Juara Eropah 2022/2023 dari England, Manchester City bakal membuat perhitungan menentang pemenang Copa Libertadores 2023 dari Brazil, Fluminense dalam aksi final Piala Kelab Dunia FIFA 2023 di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA optimis hubungan bola sepak Asia dan dunia bertambah erat memandangkan kedua-dua acara berkenaan diadakan seiring dengan pertandingan Piala Kelab Dunia FIFA. - Gambar fail/Bernama
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Dua acara di Jeddah kukuhkan hubungan bola sepak Asia, dunia - Hamidin
Sidang Kemuncak Bola Sepak FIFA dan mesyuarat exco AFC di Jeddah, Arab Saudi mampu mengeratkan hubungan sukan itu di peringkat Asia dan dunia.