awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga

Astro Arena
Astro Arena
14/01/2025
05:30 MYT
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga. - Gambar fail/BAM
PERJUANGAN dua gandingan beregu campuran negara dalam Petronas Terbuka Malaysia sangat berbaloi selepas mempamerkan prestasi memukau selain mencipta sejarah melangkah ke peringkat separuh akhir meskipun tewas kepada lawan masing-masing di Axiata Arena, minggu lalu.
Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, selaku wakil tunggal profesional serta kecemerlangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking terbaharu mereka tatkala menghuni tangga ketiga dan keempat dunia menerusi kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Ranking Dunia BWF Minggu 03 (14 Jan 2025)
Beregu Campuran 03 Chen/Toh (+2) 04 Goh/Lai (+2) 17 Tan/Lai (+2) 18 Hoo/Cheng (+2) 34 Wong/Lim (-1) Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh #ShuttleHard pic.twitter.com/c7edKhhU6t
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 13, 2025
Dalam masa sama, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, diangkat selaku gandingan pertama tatkala menjadi pemain kedua terbaik dunia ketika ini sambil pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut menduduki tempat kelima.
Minggu 03 (14 Jan 2025) Ranking Dunia BWF Beregu Lelaki 02 Goh/Izzuddin (+1) 05 Chia/Soh (+1) 14 Man/Tee 21 Choong/Haikal 23 Arif/Yap 27 Ong/Teo (-3) 29 Azriyn/Tan (+3) 44 Low/Ng (+1) Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh pic.twitter.com/5jr6q6ttjr
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 13, 2025
Sementara itu, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, yang terkandas dalam pusingan pertama kejohanan pembukaan siri Jelajah BWF itu menyaksikan dirinya jatuh lima anak tangga, sekali gus berada di tempat ke-47 dengan pungutan sebanyak 32098 mata.
Ranking Dunia BWF Minggu 03 (14 Jan 2025) Perseorangan Wanita 47 Goh Jin Wei (-5) Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh #ShuttleHard pic.twitter.com/dchIvuNGN2
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 13, 2025
Pearly Tan-M Thinaah masih berada dalam kelompak 10 terbaik dunia kategori beregu wanita walaupun jatuh satu anak tangga.
Minggu 03 (14 Jan 2025) Ranking Dunia BWF Beregu Wanita 07 Tan/Thinaah (-1) 40 Hoo/Lim (+3) Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh #ShuttleHard pic.twitter.com/dDiOBLTjYe
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 13, 2025
-- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Goh Soon Huat-Shevon Lai
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#badminton
#ranking BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan