[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga

Astro Arena 14/01/2025 | 05:30 MYT
Goh Soon Huat-Shevon Lai memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga. - Gambar fail/BAM
PERJUANGAN dua gandingan beregu campuran negara dalam Petronas Terbuka Malaysia sangat berbaloi selepas mempamerkan prestasi memukau selain mencipta sejarah melangkah ke peringkat separuh akhir meskipun tewas kepada lawan masing-masing di Axiata Arena, minggu lalu.
Pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, selaku wakil tunggal profesional serta kecemerlangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking terbaharu mereka tatkala menghuni tangga ketiga dan keempat dunia menerusi kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, diangkat selaku gandingan pertama tatkala menjadi pemain kedua terbaik dunia ketika ini sambil pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut menduduki tempat kelima.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, yang terkandas dalam pusingan pertama kejohanan pembukaan siri Jelajah BWF itu menyaksikan dirinya jatuh lima anak tangga, sekali gus berada di tempat ke-47 dengan pungutan sebanyak 32098 mata.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pearly Tan-M Thinaah masih berada dalam kelompak 10 terbaik dunia kategori beregu wanita walaupun jatuh satu anak tangga.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- Stadium Astro
#Goh Soon Huat-Shevon Lai #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #badminton #ranking BWF