SPORTS
Dua ditahan, didakwa peras ugut bintang Tottenham Son Heung-min
Son telah membuat aduan kepada polis minggu lepas, mendakwa wanita itu memeras ugutnya dengan dakwaan palsu mengenai kehamilan. - Foto Instagram/Son HeungMin
SEOUL: Dua individu telah ditahan kerana didakwa memeras ugut bintang bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min, dan mendakwa beliau telah menyebabkan kehamilan seorang wanita, kata pegawai pada Sabtu.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita berusia 20-an dan seorang lelaki berusia 40-an masing-masing disyaki melakukan pemerasan dan cubaan pemerasan.
Mahkamah menyatakan terdapat risiko kedua-dua suspek melarikan diri dan memusnahkan bukti.
Wanita terbabit didakwa mendekati kapten pasukan Tottenham Hotspur itu pada Jun tahun lepas, mendakwa dirinya hamil dengan anak Son dan menuntut wang sebagai pertukaran untuk berdiam diri.
Dia dilaporkan menghantar gambar imbasan ultrabunyi seorang bayi kepada Son dan menerima lebih 300 juta won (AS$215,000).
Lelaki itu, yang dipercayai salah seorang kenalannya, turut didakwa mendekati Son pada Mac lepas dan cuba memeras ugut 70 juta won daripadanya. Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan tidak menerima sebarang wang.
Son telah membuat aduan kepada polis minggu lepas, mendakwa wanita itu memeras ugutnya dengan dakwaan palsu mengenai kehamilan.
Pihak polis sejak itu telah menyerbu kediaman kedua-dua individu terbabit, merampas telefon mereka, dan merancang untuk meneruskan siasatan termasuk mengesahkan ketulenan gambar ultrabunyi itu.
-- BERNAMA