SUKAN
Dua gol Mbappe bawa Real Madrid menang bergaya di Bilbao
Kylian Mbappe meraikan jaringan pertama Real Madrid bersama Vinicius Junior. - Gambar Reuters
BILBAO (SEPANYOL): Kylian Mbappe mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol menarik untuk membantu Real Madrid meraih kemenangan bergaya 3-0 ke atas Athletic Bilbao dalam aksi LaLiga, sekali gus menamatkan rentetan tiga perlawanan tanpa kemenangan.
Kemenangan itu mengekalkan Real di tangga kedua dengan 36 mata selepas 15 perlawanan, satu mata di belakang pendahulu Barcelona.
Real bermula garang dengan penjaga gol Athletic, Unai Simon, diuji seawal minit pertama.
Kesilapan benteng tuan rumah membuka ruang kepada Mbappe dan Vinicius Jr, namun kedua-duanya dinafikan Simon dengan aksi tangkas.
Bagaimanapun, benteng Bilbao akhirnya goyah pada minit ketujuh.
Mbappe menerima hantaran jauh berhampiran garisan tengah sebelum melepasi dua pertahanan dalam larian solo bertenaga, lalu melepaskan rembatan melengkung ke penjuru atas gawang dari luar kotak penalti.
Gandingan Mbappe dan Vinicius terus mengucar-kacirkan pertahanan Bilbao sepanjang babak pertama, namun beberapa peluang disia-siakan.
Bilbao hampir menghukum Real pada minit ke-24 apabila Gorka Guruzeta merampas hantaran Federico Valverde dan melepaskan rembatan deras, tetapi Thibaut Courtois cemerlang menepis.
Courtois sekali lagi menjadi penyelamat apabila menafikan percubaan jarak dekat Alex Berenguer beberapa minit kemudian.
Real menggandakan jaringan sebelum rehat hasil gerakan kemas yang disudahi dengan hantaran silang tepat Trent Alexander-Arnold dari sebelah kanan.
Mbappe menanduk bola ke tengah kotak, membolehkan Eduardo Camavinga menanduk masuk dari jarak dekat.
Courtois terus menyerlah apabila menepis rembatan deras Mikel Jauregizar dari luar kotak sebelum tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan Real mengendurkan tempo, namun Mbappe belum selesai. Pada minit ke-59, penyerang Perancis itu sekali lagi meledak gol kedua peribadi dengan rembatan melengkung dari luar kotak, memanfaatkan kedudukan Simon yang sedikit terkeluar.
Gol tersebut merupakan jaringan ke-16 Mbappe dalam 15 perlawanan LaLiga musim ini, menggandakan jumlah gol Robert Lewandowski dari Barcelona yang berada di tangga kedua senarai penjaring.
Kemenangan ini memberi suntikan semangat buat pengurus Real, Xabi Alonso, dalam usaha merapatkan jurang dengan Barcelona di puncak liga.
Real akan berdepan Celta Vigo pada Ahad sebelum menerima kunjungan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, Rabu depan. - Agensi