awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar

Bernama
Bernama
23/07/2021
13:35 MYT
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kelak, dan beliau berharap supaya semua pemain dan pegawai pasukan terus meningkatkan pematuhan SOP bagi menjaga gelembung sukan demi kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata penundaan aksi yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dibuat selepas mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
"Pihak pengurusan KDA FC memaklumkan dua pemain disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR yang dilakukan ke atas para pemain ketika ingin mendaftar masuk semula ke dalam Camp Based Training selepas cuti Hari Raya Aidiladha.
"Ujian ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh MFL kepada semua pasukan untuk pemain memulakan Camp Based Training bagi menjaga gelembung sukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan kelak, dan beliau berharap supaya semua pemain dan pegawai pasukan terus meningkatkan pematuhan SOP bagi menjaga gelembung sukan demi kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Bola Sepak Malaysia
#MFL
#Kedah Darul Aman FC
#COVID-19
#Penang FC
#Ab Ghani Hassan
#hari raya aidiladha
#Liga Malaysia
#liga m
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan