awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal

Bernama
Bernama
12/10/2020
06:28 MYT
Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal
Perlawanan yang diadakan secara tertutup itu akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena dan Facebook BOTBCharitySquash. Foto Yayasan ECM Libra
KUALA LUMPUR:Dua tokoh korporat - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan hartawan hartanah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din - akan menguji kepakaran masing-masing dalam sukan skuasy menerusi perlawanan amal di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil pada Ahad (18 Okt) ini.
Menurut kenyataan Yayasan ECM Libra hari ini, perlawanan amal yang dinamakan "Battle of the Bulge" itu bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.
Perlawanan itu merupakan susulan kepada Program Amal dan Bantuan Makanan COVID-19 yang dilaksanakan oleh yayasan tersebut sejak Mac lepas.
Perlawanan itu disasarkan mengumpul antara RM500,000 dan RM1 juta yang membolehkan pembekalan makanan kepada sekurang-kurangnya 1,000 keluarga selama enam bulan.
Bekalan makanan tersebut akan disalurkan melalui lima badan bukan kerajaan (NGO) iaitu PERTIWI Soup kitchen, Kechara Soup Kitchen, Good Shepherd Services, Yayasan Chow Kit dan Malaysian Relief Agency.
Perlawanan yang diadakan secara tertutup itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Arena (CH 802 HD/801) dan Facebook www.facebook.com/BOTBCharitySquash.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#Skuasy
#Tony Fernandes
#Mohamad Salim Fateh Din
#Arena Nicol David
#Bukit Jalil
#Battle of the Bulge
#COVID-19
#program amal
#perlawanan
#bantuan makanan
#tokoh korporat
#dana
#Yayasan ECM Libra
#SQUASH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan