awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wakil badminton remaja negara raih gangsa di Spokane

Bernama
Bernama
08/10/2023
04:20 MYT
Dua wakil badminton remaja negara raih gangsa di Spokane
Pasangan beregu lelaki Bryan Goonting-Aaron Tai tewas kepada gandingan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dari Taiwan 18-21, 21-15, 14-21. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Dua wakil negara, beregu campuran Low Han Chen-Cheng Jie Yu dan beregu lelaki Bryan Jeremy Goonting-Aaron Tai, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2023, selepas tumpas kepada lawan masing-masing pada aksi separuh akhir di Spokane, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Pada kejohanan yang berlangsung di The Podium itu menyaksikan Han Chen-Jie Yu tewas kepada pilihan utama Zhu Yi Jun-Huang Ke Xin dari China, 14-21, 14-21.
Menanti Yi Jun-Ke Xin pada aksi final lewat hari ini ialah rakan senegara Liao Pin Yin-Zhang Jia Han selepas menyingkirkan Jonathan Farrell Gosal- Priskila Venus Elsadai dari Indonesia, 21-16, 21-16 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Turut mengalami nasib sama ialah beregu lelaki negara Bryan-Aaron yang tumpas 18-21 pada set pertama kepada gandingan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dari Taiwan.
Pasangan negara itu, bagaimanapun bangkit memenangi set kedua 21-15, namun gagal meneruskan rentak cemerlang apabila dikecewakan 14-21 oleh gandingan pilihan keenam itu pada set penentuan.
Pada perlawanan akhir, Po Yu-Fu Cheng akan berdepan wakil China, Ma Shang-Zhu Yi Jun selepas mereka mengetepikan cabaran Huang Jui-Hsuan- Huang Tsung-I dari Taiwan, 21-15, 24-22, dalam satu lagi perhitungan separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia meraih kedudukan podium dalam acara beregu campuran adalah pada edisi 2016 menerusi gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang memenangi pingat gangsa.
Sementara itu dalam acara beregu lelaki, gandingan Teo Ee Yi- Nelson Heg merupakan pasangan lelaki negara yang terakhir meraih pingat pada 2011 apabila memenangi emas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2023
#Low Han Chen-Cheng Jie Yu
#Bryan Jeremy Goonting-Aaron Tai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan