awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duckside Aisawan dinobat juara EPS 2017

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2017
14:21 MYT
Duckside Aisawan dinobat juara EPS 2017
Duckside Aisawan dinobat juara EPS 2017 siri pertama selepas mengalahkan pasukan Muddy Water Boy dengan 3-2. - Foto ehsan AX Media/Wan Muhammad
Duckside Aisawan dinobat juara Kejohanan Eclipse Paintball Series (EPS) 2017 siri pertama selepas mengalahkan pasukan Muddy Water Boy dengan 3-2 dalam perlawanan lima set di Sri Awana Paintball, Bangi.
Kapten Pasukan Duckside Aisawan, Eric Tai berkata, ia platform untuk pasukan mereka mengekalkan momentum sepasukan bagi menjuarai siri yang seterusnya.
"Kami berharap dapat mewakili negara untuk Kejohanan Paintball NXL yang akan berlangsung di Australia nanti.
"Kejohanan ini menjadi latihan untuk menguatkan pasukan dan memastikan semangat setia kawan menjelang perlawanan seterusnya berada pada tahap terbaik," katanya di sini hari ini.
Sebanyak 34 pasukan dari seluruh negara menyertai EPS 2017 yang berlangsung pada 4 sehingga 5 Mac lepas.
Ia termasuk tujuh pasukan untuk Open Divisyen, 12 pasukan untuk Amateur Divisyen dan 15 pasukan untuk Novice Divisyen.
Sementara itu, Pasukan Mambang Di Awan yang merupakan pasukan tuan rumah bagi kejohanan tersebut menjadi juara bagi kategori Amateur Division selepas mengalahkan pasukan MBPP Jokers dari Pulau Pinang dengan mata kemenangan 3 -0.
Dalam pada itu, pasukan lain yang bertanding bagi kategori Amateur Division adalah OSB, KL Collide, Kejahatan Aisawan, ElMohad dan Waxers Legion.
Bagi kategori Novice Divisyen pula, pasukan Anarki Legion menjadi juara apabila mengalahkan Unikorn Legacy Aisawan dengan keputusan 1-0.
Menurut Kapten Pasukan Anarki Legion Mohd Azhar Mohd Zin, komunikasi sesama pemain sangat penting dan ia menjadi kunci kejayaan pasukan mereka.
"Kami ingin meneruskan kecemerlangan pasukan untuk menjuarai keseluruhan Novise Divisyen kejohanan Paintball EPS2017 kali ini," jelasnya.
Sementara itu, Kapten Pasukan Kejahatan Aisawan, Aidee Rodzman Rosdi berkata cabaran pada hari kedua pertandingan lebih sukar kerana hujan lebat.
"Ia sekali gus memberikan cabaran kepada ketiga-tiga divisyen pada perlawanan final.
"Ia termasuk beberapa keputusan pengadil yang dipertikai namun pengalaman dan ketegasan pihak berkenaan melicinkan perlawanan sehingga ke buzzer penamat," katanya.
Juara dan naib juara pertandingan setiap divisyen membawa pulang wang tunai, medal dan piala kejohanan.
Dalam pada itu, penganjur kejohanan, Raskal Sports berharap, lebih ramai belia akan menyertai sukan serta kejohanan paintball pada masa akan datang.
Siri kedua Kejohanan Paintball EPS 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 6 Mei depan di Ipoh, Perak.
Keputusan Penuh :
Open Divisyen
Juara : Duckside Aisawan (3-2) Naib Juara : Muddy WaterBoy
Amateur Divisyen
Juara : Mambang Di Awan (3-0) Naib Juara : MBPP Jokers
Novice Divisyen
Juara : Anarki Legion (1-0) Naib Juara : Unikorn Legacy Aisawan
Topic Berkaitan
#Duckside Aisawan
#EPS 2017
#Eric Tai
#Kejohanan Painball NXL
#Unikorn Legacy Aisawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan