awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dunia jadi gelap, bola sepak saya habis" - Dollah Salleh

Astro Arena
Astro Arena
04/04/2025
09:01 MYT
"Dunia jadi gelap, bola sepak saya habis" - Dollah Salleh
Dollah pernah menganggap karier bola sepaknya sudah tamat sebaik kekalahan memalukan itu. - Foto Stadium Astro
BEKAS ketua jurulatih skuad negara, Datuk Dollah Salleh, mengakui betapa dia terkesan dengan kekalahan terbesar Harimau Malaya sepanjang sejarah sewaktu di bawah bimbingannya satu ketika dahulu.
Tanggal 3 September 2015 menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak negara apabila skuad kebangsaan tewas besar 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Abu Dhabi.
Ia merupakan kekalahan terburuk Harimau Malaya, sekali gus menggantikan kekalahan 2-8 kepada New Zealand pada 1967.
Mengakui kisah hitam itu masih membelenggunya, Dollah pernah menganggap karier bola sepaknya sudah tamat sebaik kekalahan memalukan itu.
Bercakap selaku tetamu dalam rancangan Bola Itu Life baru-baru ini, dia berkata: "Sebenarnya perlawanan itu, saya rasa macam kita bukan sahaja jatuh ditimpa tangga, malah seperti jatuh ditimpa balak.
"Dunia jadi gelap betul dan saya rasa betul-betul kecewa. Kalau kita nak cerita mengenai perlawanan itu sensitif juga. Saya tidak mahu bercerita banyak mengenainya.
"Saya rasa seolah-olah diri saya sudah habis, dunia bola sepak saya sudah habis.
"Selepas (Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia) Tan Sri Hamidin (Mohd Amin) telefon saya, saya terus isytiharkan yang saya mengambil tanggungjawab, saya letak jawatan.
"Selepas pulang, memang saya tidak boleh tidur malam. Berjalan keluar rasa seperti orang pandang dan berkata macam-macam tetapi saya masih kuat," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#kekalahan terbesar Malaysia
#harimau Malaya
#bekas ketua jurulatih skuad negara
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan