SPORTS
Dunia kehilangan lebih daripada seorang peninju legenda - Najib
NAJIB: "Kita kehilangan tokoh terhebat sepanjang zaman. Al-Fatihah." - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada peninju legenda, Muhammad Ali yang meninggal dunia pada Jumaat.
"Dunia kehilangan lebih daripada seorang peninju legenda. Kita kehilangan tokoh terhebat sepanjang zaman. Al-Fatihah," kata beliau dalam laman Twitter.
Bekas juara heavyweight dunia itu menghembuskan nafas terakhirnya di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat pada usia 74 tahun.
Ali seorang tokoh sukan terhebat dunia, menghidapi penyakit berkaitan pernafasan, yang dirumitkan lagi oleh penyakit Parkinson yang dideritainya sebelum ini.