awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durakovic anggap Figueroa pemusnah

Astro Arena
Astro Arena
14/07/2015
23:53 MYT
Durakovic anggap Figueroa pemusnah
Figueroa muncul wira dengan menyumbat 2 gol lagi sekaligus sahkan kemenangan milik JDT.
Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic anggap pemain import Johor Darul Takzim, Luciano Figueroa sebagai pemusnah segala-gala setelah meledak 2 jaringan sekaligus tutup impian Selangor untuk bawa pulang mata.
Akui kecewa dengan kekalahan yang menimpa Selangor, Durakovic nyata punya alasan sendiri.
Beliau menjelaskan persembahan cemerlang awang import JDT, Luciano Figueroa yang menjadi punca misi mereka untuk raih sekurang-kurang 1 mata terus ranap.
Dalam pada itu, individu paling lega pastinya jurulatih JDT, Mario Gomez yang menyifatkan persembahan cemerlang setiap pemain sebagai punca kejayaan.
Malah baginya, ia adalah petanda jelas bahawa mereka serius dalam mencabar Pahang untuk kedudukan teratas carta dengan liga yang masih berbaki 7 perlawanan.
JDT melakar kemenangan bergaya setelah membenam Selangor 3 gol berbalas 1.
Gol pembukaan dihasilkan tonggak serangan Amri Yahyah sebelum Selangor bangkit membalas asakan dengan gol penyamaan jaringan Andik Vermansyah.
Namun Figueroa muncul wira dengan menyumbat 2 gol lagi sekaligus sahkan kemenangan milik JDT.
Topic Berkaitan
#Johor Darul Takzim
#Jurulatih Selangor
#Luciano Figueroa
#mehmet durakovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan