Tiga e-sukan akan ditonjolkan sempena penganjuran acara 'Esports Experience' dalam Sukan Malaysia (SUKMA) nanti iaitu Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How berkata ketiga-tiga e-sukan tersebut akan disertai pemain-pemain profesional seperti Amirul Afandi (AmTuah), Boon Shin (Shige), duo PES Malaysia, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz serta pasukan Mobile Legends tempatan, Honor Mysterious Assassins (MyA).
"E-sukan belum lagi dimasukkan ke dalam acara SUKMA atau dipilih sebagai sukan pertunjukkan.
"Jadi dengan perlaksanaan 'Esports Experience' ini, diharapkan agar e-sukan dapat diketengahkan dan didedahkan sebagai sukan yang sihat kepada belia dan menjadi pemangkin kepada industri yang sedang berkembang,"katanya dalam satu sidang media yang berlangsung di Battle Arena, hari ni, di sini.
Beliau berkata penganjuran acara 'Esports Experience' itu akan berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak pada 21 dan 22 September nanti.
Menurut Howard, Kerajaan Negeri Perak komited untuk merealisasikan agenda pembangunan e-sukan.
Jelasnya, pihak beliau berhasrat untuk membuka satu perspektif baharu bagi menyokong dan mengangkat perkembangan e-sukan sebagai sukan arus perdana kepada generasi muda.
"Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sedang menyiapkan kertas kerja mesyuarat kerajaan negeri Perak bagi mewujudkan badan pemikir dan pemantau iaitu Majlis Sukan Elektronik Negeri Perak.
"Ia selaras dengan pengumuman bahawa Majlis Olimpuk Asia (OCA) telah mengiktiraf sukan elektronik dan bakal disenaraikan pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China," katanya.
Mariah Ahmad
Tue Sep 04 2018

HOWARD: Kerajaan Negeri Perak komited untuk merealisasikan agenda pembangunan e-sukan.

Saringan COVID-19 | Pasukan kesihatan diterbangkan esok ke Long Jeeh
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Datuk Lee Kim Shin memberitahu, lima pasukan kesihatan akan diterbangkan ke Long Jeeh, esok. Mereka terdiri daripada masing-masing dua doktor dan pemeriksa kesihatan serta seorang jururawat. Mereka dijadual berlepas pada pukul 8.30 pagi menaiki helikopter milik syarikat Hornbill Skyways dan Layang-Layang Aerospace.

Saringan COVID-19 | Lakukan segera saringan di Long Jeeh
Lebih 100 penduduk di 48 pintu Rumah Panjang Long Jeeh di Ulu Baram Miri, kini berdepan sekatan pergerakan. Ia susulan terdapat dua penduduk yang dikesan positif COVID-19 dari kampung itu. Dengan jarak kira-kira 300 kilometer selain tempoh perjalanan 10 jam menggunakan laluan darat sudah pasti keadaan ini merisaukan penduduk. Ia ditambah saringan COVID-19 juga belum dilakukan di kawasan kampung mereka.

COVID-19 | Status RWMF 2021 belum diputuskan
Status Festival Muzik Hutan Hujan (RWMF) 2021 masih belum diketahui. Kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sama ada ia akan berlangsung atau sebaliknya bergantung kepada situasi COVID-19.

Thaipusam | Guna pakai teknologi untuk meriahkan sambutan
Norma baharu tidak melunturkan semangat penganut Hindu di negara ini untuk menyambut perayaan Thaipusam. Di Pulau Pinang, penganut Hindu memaksimakan teknologi demi memastikan segala kekangan norma baharu tidak menghalang mereka daripada menyambut hari istimewa ini.

COVID-19 | Jangan hukum 'frontliners' dengan stigma
Jangan hukum petugas barisan hadapan. Itu tegas Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika mengulas mengenai tindakan sesetengah pemilik kedai yang melarang kakitangan kem tahanan Taiping daripada memasuki premis mereka.

PKP 2.0 | Masa operasi beberapa perniagaan dilanjutkan 10 malam
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan masa operasi bagi beberapa lagi sektor perniagaan sehingga 10 malam. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya, petang tadi.

Pilihan raya | PRU15 sebelum 1 Ogos atau selepas 60 harinya?
Pilihan raya umum tidak mustahil diadakan sebelum 1 Ogos, demikian kata Annuar Musa.

COVID-19 | 4,094 kes baharu, 10 kematian
Malaysia merekodkan 4,094 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini sebanyak 198,208 kes.

Aktiviti pembalakan dibenarkan mulai esok, ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tindakan tegas termasuk menutup operasi akan dikenakan jika didapati bersalah.

Penarafan stabil Moody's bukti disiplin fiskal Malaysia diiktiraf - Tengku Zafrul
Moody's Investors Service pada Khamis mengesahkan penarafan penerbitan jangka panjang mata wang tempatan dan asing Malaysia pada A3 dengan unjuran stabil.

E-sukan: Mobile Legends, PES, FIFA akan ditonjolkan dalam SUKMA Perak
Ketiga-tiga e-sukan tersebut akan disertai pemain-pemain profesional seperti Amtuah, Shige dan pasukan Mobile Legends Honor MysteriousAssassin.

FIFA 18: Bosan main 'game' sebagai hobi? Cabar diri anda untuk wakil negara
Adakah anda Fenrir atau Am Tuah yang seterusnya?

E-sukan: Malaysia tidak boleh ketinggalan - Khairy
Khairy juga berharap orang ramai memberi sokongan kepada mereka yang bakal mewakili negara dalam kejohanan e-sukan.