[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Eain Yow, Rachel naib juara di Washington

Bernama 28/04/2025 | 03:00 MYT
Pemain di ranking ke-10 dunia itu muncul naib juara selepas tunduk kepada pilihan utama dari England, Marwan Elshorbagy 9-11, 9-11, 5-11. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow apabila tewas pada aksi final Squash on Fire Open 2025 di Washington, Amerika Syarikat.
Pemain di ranking ke-10 dunia itu muncul naib juara selepas tunduk kepada pilihan utama dari England, Marwan Elshorbagy 9-11, 9-11, 5-11, menurut laman rasmi kejohanan Squash on Fire Open 2025 - PSA Squash Tour
Turut mengalami nasib sama, perseorangan wanita Rachel Arnold yang tunduk kepada wakil tuan rumah Amand Sobhy 4-11, 3-11, 11-9, 9-11, untuk bergelar naib juara.
Terdahulu wakil negara di Zurich, Switzerland, S Sivasangary terlepas gelaran juara apabila tewas kepada Nouran Gohar dari Mesir dalam perlawanan akhir Grasshopper Cup 2025.
Perseorangan wanita negara tewas kepada pemain nombor satu dunia itu dengan 7-11, 12-14, 9-11.
-- BERNAMA
#Squash on Fire Open 2025 #Ng Eain Yow #Rachel Arnold #naib juara