BYRON Castillo tidak akan berada di padang apabila Ecuador berdepan Qatar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.
Namun semangat pemain pertahanan itu akan sentiasa berada bersama La Tricolor sepanjang jajaran berliku pasukan Amerika Selatan tersebut ke Doha untuk kejuaraan berprestij bola sepak dunia berkenaan.
"Jika anda hanya melihat kekecewaan yang terpaksa ditanggung Byron. Anda juga telah melihat kekecewaan dari seluruh skuad ini terhadap perkara yang berlaku kepada Byron.
“Byron bagi kami adalah simbol perjuangan pasukan bola sepak Ecuador untuk sampai ke Doha dan semangat dia akan bersama kami di atas padang walaupun jasadnya tiada di sana,” kata Alfaro pada Sabtu.
Ecuador sebelum ini mengetepikan Castillo daripada skuad 26 pemain ke Piala Dunia, walaupun Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengesahkan pemain itu sebagai rakyat negara berkenaan.
Awal bulan ini, CAS mengesahkan Ecuador boleh bermain Qatar 2022 selepas menolak dakwaan Chile bahawa Castillo tidak layak bermain di peringkat kelayakan.
Namun Alfaro membuat keputusan tidak menyenaraikan Castillo selepas Ecuador dikenakan pemotongan tiga mata bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan denda AS$106,033.29 (RM486,671.59) kerana menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu.
Pada September lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Chile susulan dakwaan awal Castillo dilahirkan di Tumaco, Colombia pada 1995, bukannya di bandar Ecuador, General Villamil Playas pada 1998, seperti dicatatkan pada dokumen rasminya.
Bagaimanapun, CAS menegaskan Persekutuan Bola Sepak Ecuador (FEF) melanggar Artikel 21 Kod Disiplin FIFA kerana menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu.
Ecuador sentiasa menafikan pemain itu tidak layak bermain, malah FEF mengaku menggunakan dokumen dan kriteria sah ketika memilih Castillo.
Sementara itu, biarpun mengakui Ecuador merupakan pasukan pilihan untuk meninggalkan Stadium Al Bayt dengan tiga mata, namun Alfaro tetap menyifatkan Qatar sebuah pasukan yang memiliki kekuatan tersendiri sebagai tuan rumah.
“Qatar adalah Qatar dan mereka telah membuat persediaan untuk perlawanan ini selama lebih 12 tahun.
“Mereka telah membuat persiapan intensif selama lima, enam bulan bermain perlawanan persahabatan kompetitif yang bermakna mereka adalah pasukan yang sangat tersusun dan bersedia menampilkan sesuatu yang luar biasa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 19 2022
Castillo cuba diasak pemain pemain Argentina, Nicolas Gonzalez (kiri) semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Amerika Selatan FIFA Qatar 2022 di Stadium Monument Isidro Romero di Guayaquil, Ecuador. - Gambar fail REUTERS
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Ecuador bawa semangat Castillo di Qatar 2022
Semangat pemain pertahanan itu akan sentiasa berada bersama La Tricolor sepanjang jajaran berliku pasukan itu ke Doha.