PUTRAJAYA: Setelah merangkul gelaran juara dunia tahun lepas serta gelaran pertama Jelajah Dunia, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini mengintai pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Wooi Yik, 25, yang sudah memiliki pingat gangsa dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Asia Hangzhou, ketika ini gigih menjalani latihan intensif yang diperlukan bagi mencapai matlamatnya itu.
"Latihan semakin mencabar, tapi ia sangat baik untuk persiapan menghadapi kejohanan akan datang. Ia satu proses yang perlu dilalui, saya perlu bekerja lebih keras untuk capai sasaran menjadi juara Olimpik.
"Kami akan menyertai Masters Jepun minggu depan, dan masih ada tiga kejohanan lagi tahun ini. Satu perjalanan yang mencabar, namun saya perlu kerja keras dan menang lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima insentif Sukan Asia daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di sini semalam.
Wooi Yik turut berharap dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka yang kini menduduki tangga kedua ranking dunia dan juga ranking Road to Paris.
Sementara itu, perenang negara Steve Khiew Hoe Yean yang terlepas pingat gangsa Sukan Asia dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki, tekad untuk meningkatkan prestasinya tahun depan dalam usaha memburu slot di Paris 2024.
"Saya kecewa kerana tewas 0.31 saat dan terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Saya akan berusaha lebih lagi untuk kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Dunia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan. Saya harap dapat tiket ke Olimpik di kejohanan itu nanti.
"Sukan Olimpik adalah impian saya sejak kecil lagi, jadi saya akan cuba penuhi impian itu," katanya.
Keseluruhan insentif berjumlah RM164,600 disampaikan kepada 99 atlet Wilayah Persekutuan yang telah menyumbang pingat buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di China dan Sukan SEA Kemboja 2023 dalam majlis dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Wilayan Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim.
Sebanyak RM109,600 disampaikan kepada 59 atlet yang telah menyumbang tujuh pingat emas, 19 perak dan 24 gangsa di Sukan SEA Kemboja 2023, manakala RM55,000 lagi diberikan kepada 40 atlet yang menyumbang tiga emas, empat perak dan lima gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Wooi Yik (dua, kanan) menerima insentif Sukan Asia daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang disampaikan Noridah pada majlis di Putrajaya semalam. - Foto Facebook MSWP
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.
Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.
Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Hadiah hari lahir, kalahkan Jepun - Wooi Yik
Wooi Yik berkongsi peristiwa kekalahan kepada pasangan Jepun pada kejohanan sama dua tahun lepas menjadi pembakar semangat buatnya.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.