[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Empat pemain Harimau Malaya tersenarai dalam kesebelasan utama Sabah

Astro Arena 13/02/2024 | 07:46 MYT
Empat pemain kebangsaan tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan Sabah menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN. - Foto akaun X AFC
MENJELANG perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN antara Sabah menentang pasukan Australia, Macarthur, empat pemain kebangsaan tersenarai dalam kesebelasan utama.
Darren Lok bakal menjadi penyerang tunggal di hadapan yang akan diapit dua pemain import di belakangnya iaitu Ferreira Castanheira dan Ramon.
Stuart Wilkin pula akan mengendali posisi tengah bersama dengan Cifu dan dibantu dua bek sayap, Ko Kwang-Min dan juga Daniel Ting.
Sistem tiga pertahanan digunakan Datuk Ong Kim Swee yang diketuai Park Tae-Su, dia akan diapit Dominic Tan dan juga Gabriel Peres dengan misi untuk bantu Khairul Fahmi yang bertugas sebagai penjaga gawang.
Dalam pada itu, Macarthur menyenaraikan barisan terkuat mereka demi merebut slot final saingan zon ASEAN kali ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

#piala afc #pasukan sabah #pemain kebangsaan #Macarthur